Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Algeria anjur tunjuk perasaan sembilan Jumaat berturut-turut

-

ALGIERS: Ratusan ribu rakyat Algeria pada Jumaat mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota Algiers bagi menuntut pengundura­n semua pegawai yang bersekutu dengan rejim Presiden Abdelaziz Bouteflika, yang meletak jawatan pada awal bulan ini selepas dua dekad berkuasa.

Pada pagi Jumaat, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di Dataran AlBarid di ibu kota selama sembilan minggu berturuttu­rut, menurut koresponde­n Anadolu yang berada di lokasi.

Selepas solat Jumaat, ratusan ribu orang berarak di jalanan dan beberapa bandar lain di seluruh negara.

Buat julung kalinya pada Jumaat, golongan remaja Algeria yang memakai ves jingga hadir dalam demonstras­i dengan tujuan menghalang pertempura­n antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamata­n.

Susulan peletakan jawatan Bouteflika, speaker ParlimenAb­delkader Bensalah telah mengangkat sumpah sebagai pemimpin sementara dan berikrar untuk mengadakan pilihan raya presiden yang “bebas serta telus” dalam tempoh tiga bulan.

Tentera Algeria diberi kuasa memantau tempoh peralihan selama 90 hari sebelum pilihan raya presiden berlangsun­g, menurut perlembaga­an Algeria.

Penunjuk perasaan pada Jumaat menuntut agar para pegawai era Bouteflika berundur, termasuk Bensalah.

Mereka juga menolak permintaan presiden sementara untuk mengadakan satu “mesyuarat konsultati­f” bagi membincang­kan krisis itu.

Pada Khamis, Bensalah mempelawa parti politik, tokoh dan kumpulan yang berkenaan untuk mengambil bahagian dalam satu “mesyuarat konsultati­f secara kolektif” pada Isnin, yang ditolak kebanyakan parti pembangkan­g. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia