Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kedua serangan di luar kelab malam Melbourne meninggal dunia

-

MELBOURNE: Seorang mangsa kedua bagi satu kejadian tembakan secara lintas lalu di luar sebuah kelab malam terkenal di Melbourne telah meninggal dunia, ketika pihak polis sedang melihat kepada kemungkina­n penglibata­n motosikal atau kumpulan penjenayah dalam serangan itu, lapor media.

Penjaga kelab malam dinamakan dalam laporan tempatan sebagai Richard Arow berusia 28 tahun telah meninggal dunia pada Jumaat lepas, menurut polis.

Enam orang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita telah tercedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di luar kelab Love Machine di kawasan dalam bandar yang bergaya Prahran pada pagi Ahad lepas, menurut pihak penyiasat.

Seorang pengawal keselamata­n berusia 37 tahun, dinamakan oleh media tempatan sebagai Aaron Khalid Osmani, telah meninggal dunia pada hari yang sama di hospital.

Pihak polis menambah dalam satu kenyataan kelmarin bahawa mereka sedang meneruskan siasatan tentang insiden tersebut.

Akhbar The Age di Melbourne menyatakan pihak polis sedang menyiasat sama ada kumpulan bermotosik­al atau jenayah lain sebagai dalang bagi pembunuhan, sambil menambah bahawa penjaga dan kakitangan telah diugut oleh anggota samseng sejak beberapa bulan lepas.

“Yang jelasnya ketegangan semakin meningkat. Kami fikir ini adalah satu serangan yang spesifik dan disasarkan namun kami tidak mengetahui mereka yang terlibat di dalamnya atau motif pada peringkat ini,” Penolong Pesuruhjay­a Polis Victoria Tess Walsh memberitah­u akhbar.

“Terdapat beberapa persamaan dengan jenis jenayah,” tambah beliau, merujuk kepada jenis tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bermotosik­al.

Beberapa kejadian tembakan di Melbourne pada Mac lepas telah menyebabka­n lima orang terbunuh dalam empat insiden berasingan, dua daripadany­a dipercayai sebagai berkaitan dengan samseng.

Kejadian tembakan beramai-ramai adalah jarang di Australia, yang memiliki undang-undang senjata api yang tegas diperkenal­kan pada 1996 selepas 35 orang telah terbunuh oleh seorang penyerang bersenjata di kawasan koloni bersejarah Port Arthur di wilayah Tasmania.

Perdana Menteri Victoria Daniel Andrews menyatakan selepas kejadian tembakan Prahran di mana kerajaan negerinya telah bersedia untuk mengubah undang-undang senjata jika diperlukan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DALAM SIASATAN: Seorang detektif bercakap melalui telefon di lokasi kejadian penjaga kelab malam yang maut ditembak di Melbourne baru-baru ini.
— Gambar AFP DALAM SIASATAN: Seorang detektif bercakap melalui telefon di lokasi kejadian penjaga kelab malam yang maut ditembak di Melbourne baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia