Utusan Borneo (Sarawak)

FBI tahan anggota sayap kanan militia dituduh tahan pendatang secara haram

-

WASHINGTON: Pihak FBI telah menahan seorang anggota dari sebuah kumpulan militia sayap kanan bersenjata dituduh sebagai menahan pendatang secara haram di sempadan AS-Mexico, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Larry Mitchell Hopkins, 70, telah ditangkap kerana memiliki secara haram sejenis senjata. Kumpulanny­a yang kecil namun bersenjata lengkap United Constituti­onal Patriots (UCP) menyatakan ia telah mengawasi sempadan, berkawal bagi mereka yang ingin untuk menyerahka­n diri sendiri kepada pihak peronda sempadan dan memburu mereka yang tidak berbuat demikian.

Pendakwa raya Umum New Mexico Hector Balderas menyatakan Hopkins, yang juga dikenali dengan nama “Striker,” sebagai seorang “penjenayah berbahaya yang tidak seharusnya memiliki senjata di sekitar kanak-kanak dan keluarga.”

“Penahanan pada hari ini oleh pihak FBI menunjukka­n dengan jelas bahawa perlaksana­an undang-undang seharusnya berada di tangan pegawai penguat kuasa undang-undang yang terlatih, bukannya pengawal sukarela yang bersenjata,” tambah beliau.

Hopkins telah dikatakan sebagai menahan pendatang berhampira­n Sunland Park, New Mexico.

Sejak beberapa bulan lepas, beribu-ribu pendatang telah sampai di Mexico, terutamany­a rakyat Amerika Tengah yang melarikan diri dari kemiskinan dan keganasan di negara sendiri.

Presiden AS Donald Trump telah menganggap dia sebagai satu ancaman terhadap keselamata­n negara, menuntut beberapa bilion dolar dari Kongres bagi membina sebuah tembok di sempadan selatan.

Anggota UCP menegaskan mereka akan meronda sempadan sehingga tembok itu telah dibina.

“Kami berada di sini bagi membantu pihak peronda sempadan kerana mereka kekurangan tenaga kerja,” Hopkins memberitah­u AFP pada awal bulan ini.

Kumpulan tersebut meliputi kebanyakan golongan veteran yang lebih berusia menikmati satu ikutan media sosial dengan penuh semangat. Mereka telah dilengkapi dengan pakaian taktikal, raifal dan malah peralatan kastam.

Hopkins tidak dapat didengari semasa siaran radio yang panjang secara striming meluas radio beberapa kali dalam seminggu.

Pergerakan pengawal sukarela sempadan telah ditubuhkan dengan baik, dengan Pusat Perundanga­n Kemiskinan Selatan telah mendokumen­kan “penahanan pendatang yang boleh dipersoalk­an oleh rakyat umum” dari tempoh sejak 1999.

Dalam satu kenyataan kelmarin, kementeria­n luar Mexico telah menyuaraka­n “kebimbanga­n yang mendalam” terhadap kumpulan sebegitu.

“Jenis amalan ini boleh membawa kepada satu pencabulan hak asasi manusia terhadap siapa yang datang atau meminta suaka atau berlindung di Amerika Syarikat,” jelasnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERBAHAYA: Dalam gambar fail bertarikh 20 Mac 2019 Striker (kiri), bercakap dengan Viper (kanan), yang menggunaka­n nama lain untuk melindungi identiti mereka, berdekatan sempadan AS-Mexico di Anapra, New Mexico.
— Gambar AFP BERBAHAYA: Dalam gambar fail bertarikh 20 Mac 2019 Striker (kiri), bercakap dengan Viper (kanan), yang menggunaka­n nama lain untuk melindungi identiti mereka, berdekatan sempadan AS-Mexico di Anapra, New Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia