Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan cedera rangkaian letupan di gereja dan hotel Sri Lanka

Letupan berlaku ketika umat Kristian menghadiri Misa Paska disusuli dengan letupan tiga hotel di ibu negara

-

COLOMBO: Satu rangkaian letupan telah melanda beberapa hotel mewah dan gereja di Sri Lanka semalam, mencederak­an beratus-ratus penganut ketika menghadiri Misa Paska.

Letupan pertama telah dilaporkan di Gereja St Anthony di Colombo dan Gereja St Sebastian di pekan Negombo hanya di luar bandar utama.

Sekurang-kurangnya 160 tercedera dalam letupan di St Anthony telah dimasukkan ke Colombo National Hospital pada pagi semalam, seorang pegawai memberitah­u AFP.

“Satu serangan bom ke atas gereja kami, tolong datang dan bantu sekiranya anggota keluarga anda berada di sana,” menurut satu kenyataan dalam bahasa Inggeris di laman Facebook untuk Gereja St Sebastian di Katuwapiti­ya di Negombo.

Tidak lama selepas letupan itu dilaporkan, pihak polis mengesahka­n tiga hotel di ibu negara turut meletup, bersama dengan sebuah gereja di pekan Batticalao, di bahagian timur negara.

Seorang pegawai di hospital Batticaloa memberitah­u AFP lebih dari 300 orang telah dimasukkan ke hospital dengan kecederaan berikutan letupan di sana.

Beberapa keping gambar yang disebarkan di dalam media sosial menunjukka­n bahagian bumbung sebuah gereja telah hampir musnah dalam letupan.

Lantai dipenuhi dengan campuran jubin bumbung, kayu yang patah dan darah.

Beberapa orang dapat dilihat dalam keadaan berlumuran darah, dengan beberapa orang cuba untuk membantu mereka yang mengalami kecederaan lebih serius.

Gambar tersebut masih belum dapat disahkan dengan segera.

Hanya kira-kira enam peratus dari kebanyakan penduduk Sri Lanka yang majoriti beragama Buddha adalah Katolik, namun agama itu dilihat sebagai kuasa yang menyatukan kerana ia termasuk orang dari keduadua kumpulan etnik Tamil dan majoriti Sinhal. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERHATI-HATI: Kakitangan keselamata­n berkawal di laluan masuk ke Shangri-La Hotel di Colombo semalam berikutan satu letupan.
— Gambar AFP BERHATI-HATI: Kakitangan keselamata­n berkawal di laluan masuk ke Shangri-La Hotel di Colombo semalam berikutan satu letupan.
 ?? — Gambar AFP ?? SALAH SATU SASARAN: Kakitangan keselamata­n berkawal di luar premis gereja berikutan satu letupan di tempat suci St. Anthony di Kochchikad­e, Colombo semalam.
— Gambar AFP SALAH SATU SASARAN: Kakitangan keselamata­n berkawal di luar premis gereja berikutan satu letupan di tempat suci St. Anthony di Kochchikad­e, Colombo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia