Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Jerman cedera nahas bas di Madeira dihantar pulang

-

SANTA CRUZ: Sekumpulan 15 rakyat Jerman yang tercedera dalam satu kemalangan bas berbahaya di Madeira telah diterbangk­an pulang kelmarin dengan menaiki sebuah pesawat tentera Jerman yang dilengkapi dengan peralatan perubatan, menurut pasukan tentera udara Jerman.

Bus persiaran mereka mengalami kemalangan di pulau percutian Portugis pada Rabu lepas, mengorbank­an 29 penumpang, semua mereka adalah rakyat Jerman.

Seorang rakyat Jerman yang tercedera telah diterbangk­an pulang pada Jumaat lepas dan seorang lagi, seorang wanita yang juga mengalami kecederaan terlalu teruk untuk diterbangk­an, telah ditempatka­n di unit rawatan rapi di Portugal.

Pesawat telah mendarat di Cologne di barat Jerman, menurut pasukan tentera udara Jerman dalam satu kenyataan Twitter, sambil menambah bahawa penumpang yang tercedera akan menerima “penjagaan tambahan.”

Pihak penyiasat masih lagi mencuba untuk menentukan sama ada kenderaan terbabas jauh dari jalan raya sebelum terjatuh di tepi bukit berhampira­n pekan Canico.

TV awam Portugis RTP melaporkan pada Jumaat lepas bahawa bahagian pemecut bas telah dikatakan sebagai tersangkut dan pemandunya mungkin telah cuba untuk menghentik­an kenderaan dengan melanggar tembok.

Satu lagi teori lain, seorang pelancong Jerman dalam usia 60-an yang terselamat namun mengalami patah tulang rusuk memberitah­u pihak televisyen Portugis: “Saya fikir breknya mengalami masalah, saya tidak dapat membayangk­an sebabsebab lain” bagi kemalangan itu.

Isteri beliau menyatakan beberapa penumpang tercampak keluar dari tingkap ketika bas itu mula terbalik dan berpusing-pusing.

Lebih dari sejuta pelancong telah melawat kumpulan pulau Atlantik di luar pantai Maghribi pada setiap tahun, tertarik dengan iklim subtropika dan hutan gunung berapinya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BAWA PULANG: Kapal terbang Airbus 310‘Luftwaffe’Jerman, mendarat di lapangan terbang Madeira, di Funchal, kelmarin untuk membawa pulang mangsa cedera nahas kemalangan bas 17 April lalu.
— Gambar AFP BAWA PULANG: Kapal terbang Airbus 310‘Luftwaffe’Jerman, mendarat di lapangan terbang Madeira, di Funchal, kelmarin untuk membawa pulang mangsa cedera nahas kemalangan bas 17 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia