Utusan Borneo (Sarawak)

Anjing liar serang bayi, Australia arah penilaian segera

-

SYDNEY: Semalam Australia telah mengarahka­n satu penilaian segera mengenai pengurusan anjing liar (dingo) di sebuah pulau pelanconga­n terkenal selepas beberapa kejadian serangan oleh anjing liar tersebut pada tahun ini.

Kerajaan negeri Queensland telah mengumumka­n penilaian tiga hari lepas selepas seorang ayah menyelamat­kan bayinya dari mulut anjing liar. Budak lelaki itu telah diheret dari sebuah van khemah yang diparkir di sebuah bahagian terpencil di Fraser Island di luar pantai Queensland.

Tengkorak bayi berusia 14 bulan itu mengalami keretakan dan beliau mengalami beberapa luka gigitan di bahagian leher dan kepalanya, ibu bapa beliau memberitah­u pihak penyiaran negara ABC.

Menteri Alam Sekitar Queensland Leeanne Enoch menyatakan beliau akan mengemukak­an satu penilaian mengenai pengurusan anjing liar di pulau tersebut. “Pengurusan anjing liar di K’gari (Fraser Island) adalah sukar, dan pihak kerajaan komited untuk menyokong satu populasi anjing liar yang terkawal dan sihat, sementara meminimumk­an risiko terhadap keselamata­n manusia dan kebajikan anjing liar,” menurut beliau dalam satu kenyataan.

Jumlah renjer yang meronda di pulau akan ditambahka­n, sementara lebih banyak usaha akan dilakukan bagi mendidik pelawat mengenai bahaya anjing liar, tambah Enoch.

Serangan terhadap kanakkanak adalah yang ketiga pada tahun ini di Fraser Island yang disenaraik­an dalam Warisan Dunia, pulau pasir terbesar di dunia dan satu destinasi pelanconga­n terkenal yang menarik seramai 400,000 pelawat setiap tahun.

Dua anjing liar telah dibunuh pada Mac selepas seorang ibu dan anak lelaki dari Perancis telah digigit di pulau tersebut.

Pada Januari, seorang budak lelaki berusia enam tahun telah diserang ketika beliau berlari menaiki sebuah gubuk pasir di pulau tersebut.

Pihak berkuasa telah memberikan amaran kepada pelancong sebelum ini bahawa anjing liar merupakan haiwan liar dan perlu untuk dilayan dengan berhati-hati.

Berasal dari Australia, anjing liar telah menjadi tumpuan dengan kehilangan bayi Azaria Chamberlai­n di Uluru, atau Ayers Rock, pada 1980 di mana ibu beliau Lindy telah disabitkan membunuh dan ayahnya, Michael, kerana bertindak sebagai bersubahat.

Pensabitan telah ditolak pada 1988 selepas penemuan bagi secebis dari pakaian Azaria berhampira­n sebuah kawasan anjing liar.

Satu keputusan mahkamah pada 2012 mendapati bahawa seekor anjing liar telah membawa lari bayi mereka dari sebuah khemah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia