Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM dijangka didagangka­n turun naik

-

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan turun naik minggu ini terutamany­a akibat kebimbanga­n terhadap kelemahan ekonomi China, kata peniaga.

Peniaga kanan minyak sawit Interband Group, Jim Teh, berkata pembelian fizikal minyak sawit dan produk minyak sawit dalam kalangan negara Islam termasuk sebahagian wilayah di China akan meningkat dengan kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Kami menjangka MSM diniagakan antara RM2,100 dan RM2,150 setan dalam keadaan inventori yang lemah yang ketika ini di bawah paras tiga juta tan,” katanya kepada Bernama.

Mengulas hasrat China membeli lebih banyak minyak sawit dan barangan berkaitan minyak sawit, Teh berkata hasrat itu dialu-alukan kalangan penggiat industri. Namun, sokongan itu adalah bagi jangka pendek.

“Harus diingat bahawa dalam pasaran komoditi... sentiasa terdapat kitaran sama ada MSM, kacang soya, gula, emas dan getah.

“Apabila harga meningkat, ia berkemungk­inan akan turun semula dan berulang kembali,” katanya.

Teh berkata untuk menjadikan harga itu lebih mapan, penguatkua­saan undangunda­ng perlu diperketat­kan untuk mengelak penglibata­n orang tengah atau broker.

Beliau berkata kos pengeluara­n ketika ini adalah RM1,500 setan dengan pekebun kecil dan petani tidak meraih pendapatan tinggi akibat kewujudan orang tengah.

“Walaupun lesen broker dan orang tengah telah dihapuskan beberapa tahun lepas, mereka masih ada dan mengambil peranan sebagai wakil kepada pekebun getah, pekilang dan kilang penapisan.

“Keadaan ini tidak seharusnya terjadi. Jika kita mampu membeli polisi insurans secara terus daripada bank tanpa melibatkan ejen, kenapa kita tidak melakukan perkara serupa terhadap industri minyak sawit?” kata Teh.

Beliau berkata lebih banyak penjimatan dapat dilakukan sekiranya peranan broker dan orang tengah ini dihapuskan, sekali gus mampu mengembali­kan integriti dan amalan beretika dalam industri.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bulan semasa Mei 2019 merosot RM1 kepada RM2,108 setan, Jun 2019 naik RM10 kepada RM2,172 setan, Julai 2019 menokok RM6 kepada RM2,190 setan dan Ogos 2019 naik RM14 kepada RM2,201 setan.

Jumlah dagangan merosot kepada 168,764 lot daripada 234,127, manakala kepentinga­n terbuka jatuh kepada 240,528 kontrak daripada 271,307 kontrak.

Di pasaran fizikal, Mei Selatan kekal pada RM2,100 setan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia