Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan emas dijangka diniagakan rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan rendah minggu ini, didorong peningkata­n keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global yang akan mengawal permintaan terhadap logam berharga itu, kata Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Ong Su Ling.

“Data ekonomi yang kurang memberangs­angkan daripada Amerika Syarikat (AS) dan China minggu lepas (minggu sebelumnya) menunjukka­n ekonomi global sedang dalam proses pemulihan dan keadaan ini akan menjadikan emas sebagai aset selamat yang tidak mendapat perhatian,” katanya kepada Bernama.

Pada Khamis, Jabatan Buruh Amerika Syarikat mengumumka­n faedah tuntutan penganggur­an awal negara itu merosot 5,000 kepada 192,000 yang diselarask­an bagi minggu berakhir 13 April, iaitu paras terendah sejak September 1969.

Sementara itu, Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Markit AS dan China masing-masing menunjukka­n peratusan responden yang memiliki perniagaan yang semakin berkembang.

Marxit AS kekal tidak berubah pada 52.4 peratus sejak bulan lepas, manakala Caixin China menokok kepada paras terendah empat bulan kepada 54.4 pada Mac berbanding 51.1 sebelum ini.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran niaga hadapan emas memulakan momentum lemah, didorong perkembang­an rundingan perdaganga­n antara AS dan China yang meningkatk­an sentimen risiko, dan memberi kesan kepada jongkong emas.

Pasaran tempatan tidak berubah sejak Rabu dan seterusnya berikutan jangkaan pertumbuha­n ekonomi yang lebih positif terus mempengaru­hi niaga hadapan emas.

Pergerakan pasaran niaga hadapan emas turut dipengaruh­i prestasi penanda aras niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (Comex), ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak sawit mentah.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, April 2019, Mei 2019, Jun 2019 dan Julai 2019 masing-masing turun 30 mata kepada RM170.00, RM170.00, RM169.90 dan RM170.00 segram.

Jumlah dagangan mingguan sifar berbanding 13 lot bernilai RM222,480 minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka tidak berubah sebanyak 34 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia