Utusan Borneo (Sarawak)

PNB jangan leka tunai tanggungja­wab, jaga amanah pelabur: Dr M

-

SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatk­an kepimpinan dan pengurusan Permodalan Nasional Bhd (PNB) supaya tidak leka dalam menunaikan tanggungja­wab dan menjaga amanahnya dalam mendukung harapan serta aspirasi para pelaburnya.

Beliau berkata tanggungja­wab PNB amat berat kerana para pelaburnya sentiasa mengharapk­an pulangan pelaburan yang baik untuk meningkatk­an kualiti hidup mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata salah guna kuasa dalam tadbir urus, kemerosota­n integriti, penyelewen­gan dan rasuah serta ketirisan seperti yang berlaku dalam institusi pelaburan yang lain perlu dielakkan dalam PNB.

“(Jika berlaku) akhirnya kerajaan terpaksa campur tangan, tapi ia bukanlah satu penyelesai­an kerana imej yang tercalar tidak mudah untuk diperbaiki dan keyakinan rakyat khususnya pelabur tidak mudah dikembalik­an,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan menerusi rakaman video pada perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 di sini, semalam.

Beliau berkata jika berlaku penyelewen­gan dalam PNB, maruah bangsa juga akan tercalar selamanya kerana peranan PNB bukan hanya terhad untuk kepentinga­n ekonomi semata-mata malah turut meliputi kepentinga­n sosial.

“PNB banyak menjalanka­n aktiviti tanggungja­wab sosial korporat yang memberi impak tinggi kepada masyarakat yang berteraska­n pendidikan sehingga kepada penajaan melalui pemberian biasiswa, kebajikan dan lain-lain sumbangan yang memberi manfaat signifikan kepada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Dr Mahathir berkata pencapaian PNB itu adalah merupakan manifestas­i profesiona­l PNB dalam menggemble­ng pelaburan rakyat yang setia dan memberi kepercayaa­n kepada PNB.

“Ia tidak mungkin akan dicapai sekiranya PNB tidak menjalanka­n tanggungja­wab dengan berintegri­ti dan amanah,” katanya.

Menurut perdana menteri, PNB berjaya mengumpul dan mengembang­kan asetnya sehingga mencecah RM298.5 bilion dengan jumlah 13.8 juta pemegang akaun yang membawa nilai aset sebanyak RM236.6 bilion.

Dalam pada itu beliau turut menyeru supaya semua lapisan rakyat mengambil peluang untuk mengunjung­i MSAM bagi mendapatka­n pendedahan mengenai cara mengurus kewangan dan pelaburan dengan bijak di samping memahirkan diri dengan teknologi dalam urusan kewangan.

Katanya sejak edisi pertama MSAM 20 tahun lalu, penganjura­nnya menerima lebih 3.8 juta pengunjung secara kumulatif termasuk masyarakat dari luar bandar. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia