Utusan Borneo (Sarawak)

Saham amanah pelaburan membina kewangan keluarga

PNB membawa pulangan pelaburan yang kompetitif kepada pelabur

-

SUNGAI PETANI: Saham amanah merupakan satu bentuk pelaburan yang berpotensi untuk membantu membina kewangan diri dan keluarga, kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata pengaruh yang wujud dalam persekitar­an pada waktu ini menuntut semua untuk membuat persediaan yang lebih dalam memenuhi tuntutan kewangan masa depan.

“Kelalaian untuk merancang kewangan selalunya dirasai ketikatiba­nyawaktuke­perluan dana untuk membiayai peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan seperti keperluan pelajaran anakanak atau pembelian rumah,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Minggu Amanah Malaysia (MSAM) 2019.

Acara itu yang diadakan di pekarangan Amanjaya Mall di sini, bermula 19 April dan akan berakhir pada 25 April.

Zeti berkata MSAM iaitu acara unit amanah tahunan PNB yang penting dianjurkan dengan bermatlama­t meningkatk­an kesedaran rakyat Malaysia mengenai aspek pelaburan kewangan, dan telah menarik lebih 3.8 juta pengunjung sejak mula diadakan pada tahun 2000.

Menurutnya, PNB yang ditubuhkan pada tahun 1978 sebagai pengurus dana untuk membantu membangunk­an ekonomi rakyat Malaysia, telah berjaya membawa pulangan pelaburan yang kompetitif kepada pelaburnya.

“Dalam tempoh melebihi 40 tahun, PNB telah berjaya mengharung­i pelbagai keadaan getir dan krisis ekonomi serantau dan dunia yang sudah pasti ada naik dan turunnya.

“Tetapi dinilai secara keseluruha­n, prestasi PNB sejakpenub­uhanadalah­sesuatu yang boleh dibanggaka­n,” kata beliau.

Buat masa kini, PNB mempunyai 13.8 juta pemegang akaun yang mempunyai nilai aset sebanyak RM236.6 bilion, dan jika dicampurka­n dengan dana syarikat sebanyak RM61.9 bilion,PNBbertang­gungjawab ke atas sejumlah RM298.5 bilion aset, jelasnya.

Menurutnya lagi, ini merupakan tanggungja­wab besar yang harus dijaga melalui pengurusan yang berhemah, profesiona­l, telus dan amanah.

Bagi usaha PNB pada masa akan datang, Zeti berkata fokus strategik utama PNB bagi tahun ini ialah pelaksanaa­n kajian semula dan pengemaski­nian Pelan Strategik 2017 hingga 2022.

Tiga aspek yang akan diberikan penekanan, katanya termasuk mempelbaga­ikan pelaburan dengan meningkatk­an pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan juga memperkuku­hkan pengurusan mudah tunai bagi pulangan yang optimum.

PNB juga akan turut memperkuku­hkan pengurusan risiko supaya lebih menyeluruh dan bersepadu bagi mengurangk­an kemungkina­n kerugian di samping melakukan transforma­si organisasi supaya lebih cekap, cemerlang dan berhasil, tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Dr Mahathir menyampaik­an ucapan menerusi rakaman video pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 di pekarangan Amanjaya Mall, semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Dr Mahathir menyampaik­an ucapan menerusi rakaman video pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 di pekarangan Amanjaya Mall, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SAMPAIKAN AMANAT: Dr Zeti berucap pada MSAM 2019 di Pekarangan Amanjaya Mall, semalam.
— Gambar Bernama SAMPAIKAN AMANAT: Dr Zeti berucap pada MSAM 2019 di Pekarangan Amanjaya Mall, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia