Utusan Borneo (Sarawak)

MIDF lancar Facebook ‘KayaBun’ untuk tip kewangan peribadi

-

SUNGAI PETANI: Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd semalam melancarka­n Facebook bertajuk ‘KayaBun’ bagi berkongsi ilmu dan tip mengenai pembiayaan peribadi.

Majlis pelancaran­nya bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 di sini, dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersama Pengarah Urusan MIDF, Datuk Charon Mokhzani.

Dalam kenyataan semalam, menurut MIDF, halaman Facebook itu berfungsi sebagai platform untuk membantu rakyat mengecapi kebebasan kewangan.

MIDF akan berkongsi idea, cadangan dan memberi nasihat untuk membuka potensi pendapatan, mengembang­kan kekayaan dan megekalkan kestabilan kewangan.

Charon berkata KayaBun adalah platform untuk MIDF menjadikan komunikasi lebih mudah untuk memberikan pendapat dan maklum balas secara pakar dengan lebih pantas dan konsisten bersama sasaran penonton kami berbanding sebelumnya.

“Dalam kehidupan, seseorang boleh mencapai matlamat kewangan tetapi matlamat kebebasan kewangan tidak dapat dicapai oleh kebanyakan orang. Perjalanan yang panjang, berliku-liku dan dipenuhi dengan halangan sebelum seseorang boleh mencapai matlamat kebebasan kewangan.

“Titik permulaan untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan adalah dengan celik kewangan. Dengan itu, KayaBun berhajat untuk membantu rakyat Malaysia untuk menguasai kemahiran celik kewangan. Mari kita berganding bahu dan memulakan perjalanan yang bermakna ini bersamasam­a,” tambah Charon.

MIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd.

Ia adalah institusi pembanguna­n utama negara dan telah memainkan peranan pentingdal­ammemperce­patkan pembanguna­n dan pemodenan industri perkilanga­n negara yang menawarkan pelbagai perkhidmat­an kewangan yang berdaya saing termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembanguna­n dan Pengurusan Aset. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia