Utusan Borneo (Sarawak)

PNB umum biasiswa kepada 200 pelajar daripada keluarga B40

-

SUNGAI PETANI: Permodalan Nasional Bhd (PNB) semalam mengumumka­n pemberian biasiswa kepada 200 pelajar sekolah daripada kalangan keluarga B40, dalam usaha memperluas­kan akses pendidikan kepada golongan kurang berkemampu­an di negara ini.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata penerima yang layak terdiri daripada pelajar terpilih, iaitu seramai 100 pelajar daripadaSe­kolahBeras­rama Penuh (SBP) dan 100 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

“Ini adalah salah satu daripada usaha tanggungja­wab sosial PNB dalam meningkatk­an taraf ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya semasa berucap pada perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 di sini, semalam.

Beliau berkata sebelum ini, sejak 1996 PNB telah memberikan biasiswa pelajaran peringkat tinggi kepadalebi­h4,000penerim­a dengan nilai tajaan melebihi RM200 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumka­nsumbangan PNB sebanyak RM1 juta khusus untuk menambah baik dan membeli peralatan baharu bagi Unit Hemodialis­is di Hospital Sultan Abdul Halim demi manfaat komuniti di daerah itu.

Zeti berkata pelaburan dalam PNB bukan sahaja membawa hasil kewangan kepada para pelabur, malah keuntungan juga disalurkan kepada pelbagai inisiatif tanggungja­wab sosial PNB.

Beliau berkata pada tahun lepas sahaja, PNB berjaya membayar agihan pendapatan sebanyak RM15 bilion kepada pelabur-pelaburnya.

Di Kedah sahaja, katanya PNB mempunyai lebih sejuta pemegang unit dengan jumlah pelaburan sebanyak 13.5 bilion unit.

Sementara itu mengenai MSAM kali ini, Zeti berkata sebanyak 15 kiosk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dibuka sepanjang penganjura­nnya bermula Khamis lepas sehingga 25 April ini.

Beliau berkata pengunjung boleh mengemas kini akaun ASNB mereka secara dalam talian menerusi aplikasi MyASNB yang turut dilancarka­n semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia