Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlu selangkah di depan tangani turun naik harga pasaran minyak sawit

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu selangkah di depan dalam merancang cara untuk bertindak balas terhadap turun naik harga pasaran minyak sawit bagi melindungi sumber pendapatan negara itu, serta kebajikan pekebun kecil, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata oleh kerana Malaysia sebuah negara kecil dan 80 peratus daripada minyak sawit mentah (MSM) dan produk berasaskan minyak sawitnya dieksport, adalah penting untuk negara bekerjasam­a dengan Indonesia, pengeluar terbesar komoditi itu di dunia, terutamany­a dalam menangani cabaran daripada Kesatuan Eropah (EU) dan pertikaian perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)China.

‘’Kita perlu bekerjasam­a dengan Indonesia kerana Malaysia sendiri ialah sebuah negara kecil (dengan 31 juta penduduk setakat 2017) dan bersama-sama dengan Indonesia yang mempunyai 264 juta penduduk, kita boleh perjuangka­n perkara ini bersama-sama,” katanya kepada Bernama.

Mengambil perhatian bahawa harga MSM bergantung pada kuasa pasaran, beliau berkata: “Ini adalah biasa malah semasa zaman saya. Jadi ini bukan sesuatu yang baharu, tetapi sekarang, dengan ancaman datang daripada EU dan pertikaian perdaganga­n ASChina, kita perlu bijak.”

Daim berkata meskipun adalah berita baik bahawa AS dan China bakal memuktamad­kan perbincang­an perdaganga­n mereka, kerajaan Malaysia, agensinya dan pemain industri juga perlu mengambil perhatian mengenai apa yang berlaku dalam perjanjian itu.

Pada Mac tahun lepas, Presiden AS Donald Trump mengenakan tarif sehingga 25 peratus ke atas barangan eksport China dan kerajaan China bertindak balas dengan turut mengenakan tarif 25 peratus ke atas barangan AS bernilai AS$110 bilion, termasuk kacang soya, yang merupakan tanaman eksport pertanian paling penting AS.

Ini telah membuka lebih banyak peluang kepada minyak boleh dimakan yang lain termasuk minyak sawit.

“Tetapi jangan bertindak balas apabila sudah terlewat keranaiamu­ngkinmenje­jaskan pasaran kita dan pekebun kecil,” katanya,

China ialah pembeli ketiga terbesar MSM Malaysia selepas India dan EU.

Namun susulan pemeteraia­n perjanjian baharu bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya akan memanfaatk­an perjanjian itu dan akan mengusahak­an pembelian minyak sawit oleh China.

Sementara itu, Daim, yang juga bekas menteri kewangan, menggesa golongan belia untuk menerokai pertanian moden menggunaka­n teknologi terkini.

“Terdapat tanaman yang kitaboleht­anammenggu­nakan sains dan teknologi dan mereka boleh sama ada tanam sayursayur­an, buah-buahan atau mereka boleh ceburi industri perikanan. Mereka boleh pertimbang­kan ini sebagai kerja sepenuh masa atau separuh masa.

“Saya pergi ke Sabah barubaru ini dan saya telah melawat ladang seorang usahawan. Beliau mempunyai kira-kira 5,000 ekor lembu, kolam ikan serta ladang nanas dan durian. Saya tanya beliau berapa pendapatan dijana beliau. Beliau tidak menjawab tetapi saya andaikan beliau mesti memperoleh pendapatan kirakira RM500 juta setahun.

“Saya percaya kita juga boleh lakukannya di sini tetapi apa yang paling penting ialah kita perlu memastikan kita mengeluark­an produk berkualiti tinggi.

“Kita juga perlukan komitmen sepenuhnya daripada kerajaan mengenai perladanga­nmoden,”katanya. — Bernama

 ??  ?? DAIM
DAIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia