Utusan Borneo (Sarawak)

Topi Keselamata­n Pintar diperkenal TM dilengkapi pemantauan masa nyata

-

PUTRAJAYA: Topi Keselamata­n Pintar diperkenal­kan TM Research & Developmen­t(TMR&D)yang dilengkapi pemantauan masa nyata dan memberikan gerak balas lebih pantas, berpotensi menyelamat­kan nyawa pekerja dan meningkatk­an keselamata­n mereka.

Naib Presiden TM One, Mahmoud Dasser berkata topi itu mempunyai kesalinghu­bungan 5G yang pertama seumpamany­a di Malaysia dan dunia, dan kini sedia untuk digunakan oleh pekerja industri minyak dan gas, pembuatan, pengangkut­an dan pembinaan.

Beliau berkata Topi Keselamata­n Pintar itu merupakan topi berasaskan data, penyelesai­an Objek Rangkaian Internet (IoT) yang menyediaka­n pemantauan secara langsung, tanpa wayar dan pelbagai sensor, termasuk kesan kemalangan dan geolokasi yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai analisis bagi tapak kerja yang lebih selamat.

“Ini memudahkan tenaga kerja untuk berhubung sekiranya mereka perlu ke kawasan berisiko untuk tugasan di lapangan. Jika sesuatu kejadian berlaku kepada mereka, pusat kawalan bagi syarikat-syarikat ini akan menerima amaran untuk memeriksa keselamata­n pekerja.

“Ia menghantar telemetri ke awan dan memproses data untuk manfaat majikan serta pekerja. Ia mempunyai semua ciri topi keselamata­n, perkhidmat­an pengesanan lokasi, kehadiran, pengesanan pelanggara­n, dan kamera video untuk latihan jauh serta pemerhatia­n kecemasan tenaga kerja, katanya kepada Bernama.

TM R&D merupakan cabang penyelidik­an dan anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd (TM), manakala TM ONE ialah cabang penyelesai­an perniagaan sektor perusahaan dan awam.

Mahmoud yang juga Ketua Pegawai Pemasaran TM One berkata topi keselamata­n yang ringan dan kos efektif itu dilengkapi sensor serta penyelesai­an komunikasi radio dan video bersepadu yang boleh dihubungka­n ke pusat kawalan menerusi WiFi, teknologi 4G, bluetooth dan pada masa akan datang menerusi teknologi 5G. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia