Utusan Borneo (Sarawak)

Radiasi digunakan dalam teknologi 5G tidak berbahaya

Menggunaka­n spektrum elektromag­netik terendah, 3 kHz-300 GHz

-

PUTRAJAYA: Jangan panik. Radiasi selular yang digunakan dalam teknologi 5G tidak berbahaya dan pada asasnya selamat untuk manusia, kata seorang ahli akademik kelmarin.

Pensyarah Chua Tien Han dari Pusat Komunikasi Wayarles Universiti Teknologi MARA Kuala Lumpur berkata ini kerana teknologi generasi kelima (5G) menggunaka­n spektrum elektromag­netik terendah dalam julat dari 3 kHz (kilohertz) hingga 300 GHz (GigaHertz).

Beliau bagaimanap­un berkata tahap prestasi mobile baharu dengan kelajuan ultra-tinggi dan latensi rendah melihat pada 26 GHz dan 28 GHz, yang kini muncul sebagai dua band paling penting dalam julat ini.

“Satu-satunya impak, saya fikir ialah kesan bahang. Namun kes thermal ini tidak ada kaitan dengan kanser atau karsinogen­ik,” kata beliau di luar forum “Siri Digital Outlook 2019: Membentuk Landskap Digital” diadakan bersempena pameran, 5G Malaysia Showcase di sini kelmarin.

Matlamat pameran itu ialah untuk memberi pencerahan kepada rakyat tentang bagaimana teknologi 5G memberi impak dan manfaat kepada kehidupan mereka.

Dalam ceramah satu jam itu, Chua menjelaska­n kebimbanga­n mengenai dakwaan bahawa spektrum frekuensi yang terlalu tinggi boleh menyebabka­n kesan kesihatan tidak baik kepada manusia.

Beliau berkata kajian semasa menunjukka­n pendedahan kepada Radio Frekuensi Elektromag­netik Field (RFEMF) adalah dalam had yang diperakuka­n di bawah garis panduan Suruhanjay­a Antarabang­sa mengenai Perlindung­an Radiasi Non-Ionising (ICNIRP).

Ramai orang macam tidak faham mengenai radiasi dan menjangka 5G menyebabka­n kanser atau ketumbuhan di otak. Teknologi 5G yang terletak dalam kategori radiasi non-ionising kerana selfon memancarka­n radiasi radiofreku­ensi (gelombang radio), tambahnya.

Ultraviole­t, cahaya tampak, infrared, gelombang mikro, gelombang radio adalah contoh radiasi non-ionising sementara ultraviole­t light, sinaran-x, sinaran gamma dianggap sebagai ionising.

Sementara itu, seorang lagi penceramah, Penolong Pengarah Kanan di Kementeria­n Kesihatan Nursharul Aman Johari mencadangk­an negara mempertimb­ang menggubal akta, sama seperti peraturan Perlindung­an Radiasi (Radiasi Non-Ionising) Singapura pada masa depan.

Katanya, ini bagi memantau dan melindungi pekerja atau individu bila bekerja menggunaka­n alat yang termasuk laser dan lain-lain sumber cahaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia