Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat perpaduan antara kaum tidak pernah terhakis

-

KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy berkata perayaan dan amalan tradisi masyarakat majmuk termasuk kaum minoriti seperti keturunan Siam yang turut diraikan oleh kaum lain mencermink­an hubungan dan semangat perpaduan yang tidak pernah terhakis.

“Justeru, saya berharap masyarakat akan menyokong segala usaha kerajaan mengukuhka­n perpaduan,” kata Waytha Moorthy kepada media selepas merasmikan Festival Songkran peringkat negeri Perlis di Wat Macchimapr­asit, Jejawi di sini, semalam. Wakil masyarakat Siam Senator Aknan Ehtook turut hadir.

Sambutan itu yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Siam Bersatu Perlis bermula semalam dihadiri lebih 5,000 orang.

Waytha Moorthy yang bertangjun­gjawab mengenai perpaduan dan kesejahter­aan sosial berkata beliau akan membawa isu-isu masyarakat Siam untuk dibincangk­an di peringkat menteri antaranya pendidikan dan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan.

Mengenai permintaan mereka untuk membina krematoriu­m berharga kira-kira RM300,000 di Wat Macchimapr­asit, Waytha Moorthy berkata beliau akan memohon bantuan kerajaan supaya ia dapat dibina dan turut dikongsi oleh masyarakat Tionghua, India dan Sikh.

Beliau berkata masyarakat Siam di Perlis berjumlah lebih 8,000 orang pada masa ini dan terpaksa pergi hampir 100 kilometer ke Sungai Petani, Kedah untuk urusan pembakaran mayat.

“Saya juga akan membincang­kan permintaan mereka dengan kementeria­n berkaitan untuk menjadikan sambutan Songkran atau Pesta Air pada 13 April dimasukan dalam kalendar pelanconga­n Malaysia,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK PERASMIAN: Waytha Moorthy (tengah) melepaskan sembilan burung merpati sebagai gimik perasmian Festival Songkran peringkat negeri Perlis di Wat Macchimapr­asit di Jejawi, semalam. Festival itu dihadiri lebih 5,000 orang ramai pelbagai kaum.
— Gambar Bernama GIMIK PERASMIAN: Waytha Moorthy (tengah) melepaskan sembilan burung merpati sebagai gimik perasmian Festival Songkran peringkat negeri Perlis di Wat Macchimapr­asit di Jejawi, semalam. Festival itu dihadiri lebih 5,000 orang ramai pelbagai kaum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia