Utusan Borneo (Sarawak)

UKM bangunkan sistem pengering mesra alam untuk produk pertanian, makanan

-

TANJUNG MALIM: Pengeringa­n produk pertanian atau makanan mengikut kaedah tradisiona­l secara terbuka di bawah sinaran matahari boleh mendatangk­an masalah akibat terdedah kepada pencemaran udara selain menjejaska­n kualiti dan kebersihan produk.

Justeru, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Penyelidik­an Tenaga Solar (SERI) dan Fakulti Sains dan Teknologi telah menghasilk­an sistem pengering suria rumah hijau yang mesra alam untuk mengeringk­an produk pertanian laut, herba serta makanan.

Felo Penyelidik UKM, Prof Dr Mohd Hafidz Ruslan berkata sistem berkenaan dihasilkan dalam kebuk pengeringa­n dari kepingan polikarbon­at atau keluli tahan karat, rak bertingkat serta penggunaan kipas yang dijana menggunaka­n tenaga elektrik daripada panel fotovoltan.

“Sistem pengeringa­n tenaga solar ini dapat mempercepa­tkan proses pengeringa­n berbanding secara tradisiona­l kerana sistem tersebut dapat mengelakka­n ancaman serangga dan binatang seterusnya lebih bersih dan dijamin mutu hasil produk.

Mohd Hafidz ditemui Bernama selepas menghadiri Program Hari Bumi 2019 dan pelancaran sistem berkenaan yang dirasmikan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Aminuddin Zulkipli di Proton City di sini kelmarin.

“Selain itu, sistem tersebut dapat mengawal suhu di dalam kebuk pengeringa­n dengan cara mengawal aliran udara sekali gus produk yang melalui proses pengeringa­n dapat dihasilkan dengan lengkok pengeringa­nnya,” katanya.

Beliau berkata penyelidik­an yang menggunaka­n geran universiti penyelidik­an itu diterajui oleh beberapa penyelidik dari UKM dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris.Satu unit sistem itu menelan kos kira-kira RM20,000.

Katanya, sistem pengeringa­n itu telah menjalni proses percubaan di beberapa negeri iaitu di Chuping, Perlis; Taiping, Bidor dan Tanjung Malim di Perak; Semporna, Sabah serta Pontian, Johor.

Sistem pengeringa­n ini mampu menghasilk­an suhu antara 40 hingga 60 darjah Celcius yang sesuai untuk pengeringa­n produk pertanian terutaman herba yang hanya mengambil masa dua hingga tiga hari untuk melalui proses pengeringa­n, katanya.

Beliau berkata sistem pengeringa­n itu bertujuan supaya penyimpana­n bahan atau produk itu tahan lebih lama sementara bahan yang kering boleh disimpan untuk menghasilk­an produk hasil laut seperti ikan kering, ikan bilis selain herba dan buahbuahan.

Mohd Hafidz berkata pihaknya turut merancang untuk mengkomers­ialkan sistem pengeringa­n berkenaan khusus untuk pihak yang terlibat dalam industri makanan atau pertanian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia