Utusan Borneo (Sarawak)

DRON PANTAU PEMBAKARAN

Kerajaan timbang guna kaedah pemantauan dari udara tangani pembakaran terbuka di Miri

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kerajaan Sarawak mempertimb­ang mengguna pakai kaedah pemantauan dari udara teknologi dron bagi menangani masalah dan isu pembakaran terbuka di sini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, selain itu kerajaan mempertimb­ang membina lebih banyak telaga tiub di kawasan tidak mempunyai kemudahan itu.

Ketika ini Miri mempunyai 10 telaga tiub dan satu daripadany­a mengalami kerosakan tidak dapat berfungsi.

"Antara strategi baharu dipertimba­ngkan ialah menggunaka­n lebih banyak dron untuk memantau kawasan terdedah pembakaran terbuka.

“Beberapa kawasan pembakaran terbuka tidak dapat diakses dan penggunaan dron menjadi lebih mudah.

"Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Sarawak akan mengadakan mesyuarat di Kuching membincang­kan penyelesai­an jangka panjang berhubung isu ini," katanya selepas menghadiri taklimat keadaan terkini pembakaran terbuka di sini semalam.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak merangka dan membentang­kan penyelesai­an jangka panjang mengawal masalah pembakaran terbuka terutama di sini memandangk­an musim panas dan kering dijangka berpanjang­an sehingga gelombang kedua kemarau, September nanti.

Sehubungan itu, Uggah berkata peruntukan berjumlah RM651,000 diluluskan oleh Kerajaan Sarawak untuk melaksanak­an langkah segera menangani masalah pembakaran terbuka.

Beliau juga mahukan aktiviti penguatkua­saan pembakaran terbuka dipertingk­atkan dengan rondaan di kawasan yang mungkin menjadi titik panas.

Uggah memuji dan berterima kasih atas kerja keras Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri memadamkan kebakaran belukar dan hutan di sini dibantu anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Miri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kerjasama agensi lain seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sarawak.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Law Poh Kiong dalam taklimatny­a memberitah­u sehingga kes pembakaran terbuka di Kuala Baram ditutup jam 2 petang Jumaat lalu.

Katanya, pasukan bomba menganggar­kan tidak kurang 1,353 ekar kawasan belukar dan hutan tanah gambut serta ladang di Kuala Baram sudah terbakar.

Pemangku Kontroler Kualiti Alam Sekitar Justine Jok dalam taklimatny­a berkata, sepanjang tempoh kemarau sejak Mac hingga 20 April, empat kompaun dikeluarka­n dan empat kertas siasatan dibuka bagi empat syarikat disyaki melakukan pembakaran itu.

Manakala JAS mengeluark­an sebanyak sembilan amaran kepada individu yang ditemui melakukan pembakaran terbuka.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Khiruddin Drahma.

 ??  ?? DIRAYU PULANG: Magretha tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu. TINJAU: Uggah (tiga kiri) menyaksika­n
pengairan kawasan tanah gambut menggunaka­n sumber air dari telaga tiub Tudan semasa mengadakan lawatan ke Menara Tinjau di Tudan, Miri semalam.
DIRAYU PULANG: Magretha tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu. TINJAU: Uggah (tiga kiri) menyaksika­n pengairan kawasan tanah gambut menggunaka­n sumber air dari telaga tiub Tudan semasa mengadakan lawatan ke Menara Tinjau di Tudan, Miri semalam.
 ??  ?? TAKLIMAT: Law memberi taklimat kepada Uggah (depan, tiga kiri) yang turut disertai (depan, dari kiri) Khiruddin, Lee, Sebastian dan Adam.
TAKLIMAT: Law memberi taklimat kepada Uggah (depan, tiga kiri) yang turut disertai (depan, dari kiri) Khiruddin, Lee, Sebastian dan Adam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia