Banjir jejas wilayah timur Kanada
Paksa pemindahan 1,500 penduduk, 1,200 rumah rosak, seorang maut
MONTREAL: Banjir di timur Kanada telah memaksa pemindahan lebih 1,500 orang sementara lebih 600 anggota tentera telah dikerahkan untuk bersedia, kata pihak berkuasa kelmarin.
Cuaca panas sepanjang hujung minggu Easter telah membawa kepada banjir musim panas disebabkan oleh hujan lebat dan kecairan salji dari Ontario ke selatan Quebec dan New Brunswick.
Pihak berkuasa, yang pada mulanya bimbang akan pengulangan banjir teruk pada 2017 di Quebec, yang terburuk dalam tempoh setengah abad, kelihatan lebih yakin mengenai situasi pada Ahad.
“Kami adalah optimistik bagi hari-hari akan datang,” jurucakap keselamatan awam Eric Houde memberitahu AFP.
“Terdapat banjir yang ketara namun keseluruhan tidak pada peringkat seperti tahun 2017, kecuali di kawasan tertentu seperti Lake St Pierre,” satu pembesaran di Sungai St Lawrence di Quebec, tambah beliau.
“Perbezaan besar daripada 2017 adalah tahap persediaan bagi pihak pebandaran dan rakyat.”
Sepanjang beberapa hari lepas, beberapa pekan telah mengerahkan anggota sukarelawan dan mengagihkan ratusan ribu beg pasir bagi membina penghadang atau melindungi rumah di kawasan yang terancam.
Beberapa kawasan yang paling terjejas adalah sekitar Ottawa dan Beauce, sebuah wilayah selatan bandar Quebec di mana hampir 800 orang telah dipindahkan.
Lebih 1,200 rumah rosak akibat banjir di Quebec pada lewat kelmarin.
Kerajaan wilayah Quebec dan New Brunswick telah meminta bagi pasukan bantuan daripada pihak tentera.
Kira-kira 200 anggota tentera telah dikerahkan di Quebec pada lewat Sabtu, dan 400 lagi berhampiran Ottawa, d Laval utara Montreal dan d Trois-Rivieres di antara Montreal dan Bandar Quebec.
Kira-kira 120 anggota tentera tambahan bersedia untuk dikerahkan di New Brunswick.
Pada Sabtu, banjir telah meragut mangsa pertamanya di pekan Pontiac, barat Ottawa: seorang lelaki dalam usia 70-an yang tidak menyedari bahawa jambatan telah hanyut, dan menjunamkan keretanya ke dalam sungai d bawahnya. — AFP