Utusan Borneo (Sarawak)

Sri Lanka berkabung untuk mangsa pengeboman maut

Kematian dilaporkan cecah 310, seramai 26 suspek diberkas setakat ini

-

COLOMBO: Seluruh Sri Lanka semalam berkabung selama tiga minit untuk mengenang mangsa yang terkorban dalam beberapa siri pengeboman maut yang menggegark­an negara itu pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Semua perkhidmat­an di seluruh negara dihentikan dan para pemimpin, ahli politik, pasukan keselamata­n dan semua rakyat berkabung bermula 8.30 pagi (0300 GMT) hingga 8.33 pagi (0303 GMT).

Perdana Menteri Ranil Wickremesi­nghe menerusi Twitter rasminya menulis Sri Lanka bersedih dengan kehilangan nyawa insan tidak bersalah dan mengucapka­n terima kasih kepada tentera, polis, kakitangan perubatan serta semua yang bekerja tanpa mengenal erti penat demi memastikan keamanan dan keselamata­n rakyat.

Kerajaan menyeru orang ramai mengibarka­n bendera putih di luar rumah dan di institusi sebagai tanda hari berkabung nasional.

Jumlah kematian akibat insiden pengeboman maut di Sri Lanka pada Ahad meningkat kepada 310 orang, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis semalam.

Satu lagi letupan kecil berlaku di Kochchikad­e di ibu kota Colombo pada kelmarin petang bagaimanap­un tindakan pantas Skuad Pemusnah Bom berjaya mengawal keadaan menjadi lebih buruk.

Jurucakap Polis Ruwan Gunasekara berkata setakat ini seramai 26 suspek telah ditahan dan operasi mencari diteruskan bagi mengesan suspek lain.

Katanya, langkah keselamata­n terus dipertingk­atkan di seluruh negara dan menggesa orang ramai tidak berhimpun di tempat awam.

Orang ramai juga diminta segera memaklumka­n pihak polis jika menemui bungkusan mencurigak­an yang ditinggalk­an di jalan raya atau di dalam pengangkut­an awam.

Jurucakap kabinet Sri Lanka, Rajitha Senaratne, memberitah­u pemberita semalam bahawa polis sebelum ini dikatakan telah menerima maklumat kemungkina­n berlaku serangan pengganas, namun tidak mengambil sebarang langkah pencegahan.

Kerajaan akan menyiasat perkara itu dan memohon maaf atas apa yang berlaku, katanya.

Presiden Maithripal­a Sirisena mengisytih­arkan darurat dari tengah malam kelmarin untuk memastikan keselamata­n rakyat dan penyelengg­araan barang keperluan serta perkhidmat­an. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MENYAYAT HATI: Saudara mara berkabung di sebelah keranda mangsa letupan bom sewaktu sembahyang pengebumia­n di Gereja St Sebastian di Negombo semalam, dua hari selepas siri serangan bom menyasari beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka.
— Gambar AFP MENYAYAT HATI: Saudara mara berkabung di sebelah keranda mangsa letupan bom sewaktu sembahyang pengebumia­n di Gereja St Sebastian di Negombo semalam, dua hari selepas siri serangan bom menyasari beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia