Utusan Borneo (Sarawak)

DICEKUP KETIKA LERAI KERETA

Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap polis Bintulu dalam Ops Lejang.

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kehadiran polis dari Jabatan Siasatan Jenayah

(JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu mengejutka­n seorang lelaki tempatan yang sedang leka membuka komponen kereta disyaki dicuri di kawasan lapang sepanjang Jalan Pesisir MiriBintul­u petang kelmarin.

Suspek yang tersentak cuba melarikan diri, namun anggota polis yang bertindak pantas berjaya memberkas suspek.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, suspek ditahan pada jam 6.30 petang dalam Operasi Lejang yang dilancarka­n bagi mengesan dan menangkap suspek curi kenderaan.

“Sebelum itu, pemerhatia­n telah dibuat polis yang mendapati suspek sedang leka membuka komponen-komponen sebuah kereta yang berada di kawasan tersebut.

“Selepas beberapa ketika, pasukan polis yang membuat serbuan memperkena­lkan diri sebagai polis menyebabka­n suspek terkejut sambil cuba bertindak untuk melarikan diri, namun suspek berjaya ditangkap,” ujarnya di sini semalam.

Zulkipli berkata, pihak polis yang membuat semakan lanjut di tempat kejadian mendapati kereta tersebut telah dilaporkan hilang pada 18 April lalu di tepi jalan kawasan Tanjung Kidurong.

“Pemeriksaa­n di dalam kereta itu kemudianny­a menemui pelbagai peralatan seperti spanar, pemutar skru, pisau, gergaji besi dan barang-barang lain.

“Susulan itu barang terbabit telah dirampas dan dibawa ke JSJ IPD Bintulu untuk tindakan lanjut dan ujian air kencing turut mendapati suspek, 35, positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e,” katanya.

Ujarnya, suspek telah ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu untuk tindakan lanjut dan sekiranya sabit kesalahan membabitka­n curi kenderaan hukuman yang diperuntuk­kan ialah penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun.

 ??  ?? SIASAT: Kenderaan yang turut dirampas pihak polis
daripada suspek untuk tindakan lanjut.
TUMPAS: Pihak polis berjaya menangkap suspek yang cuba untuk melarikan diri dari tempat kejadian.
SIASAT: Kenderaan yang turut dirampas pihak polis daripada suspek untuk tindakan lanjut. TUMPAS: Pihak polis berjaya menangkap suspek yang cuba untuk melarikan diri dari tempat kejadian.
 ??  ?? BARANG KES: Beberapa barangan yang dirampas polis daripada suspek untuk
tindakan lanjut.
BARANG KES: Beberapa barangan yang dirampas polis daripada suspek untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia