Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba dua negara giat tangani kebakaran di sempadan

Bomba Malaysia dan Brunei masih berusaha padam kebakaran di kawasan masing-masing bagi mengelak api merebak

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Pasukan bomba kedua-dua negara Brunei dan Malaysia saling bekerjasam­a memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku di sempadan keduadua negara di Kuala Baram di sini sejak pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri Law Poh Kiong dalam kenyataany­a di sini berkata, pasukan bomba kedua-dua negara masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kawasan masing-masing bagi mengelak api merebak lebih luas.

Menurut beliau, kebakaran hutan dan tanah gambut di sempadan antarabang­sa antara kedua negara Brunei dengan Sarawak itu sudah mulai memasuki kawasan ladang berhampira­n Kuala Baram dekat sini.

“Kita mulai mengesan perkara ini pada pagi Isnin (semalam) selepas penduduk di kawasan Senadin mengadu bau asap. Kita mulai mencari lokasi kebakaran sekitar Miri dan Kuala Baram tetapi tidak menjumpai punca asap kerana di kawasan ini api sudah padam sepenuhnya,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Sehinggala­h pasukan peronda tiba di Jambatan Asean dan melihat kepulan asap tebal dari sebelah Sungai Tujuh.

“Pemadaman sedang dilakukan oleh pihak bomba Negara Brunei menggunaka­n kaedah ‘water bombing’ dan ‘direct attack’ di sebelah Brunei dan kaedah ‘direct attack’ yang sama juga digunakan oleh pasukan Bomba Malaysia dari ladang hingga ke sempadan,” ujar beliau lagi.

Pada masa yang sama, di sebelah Malaysia, pihak ladang berkenaan juga telah membuat halangan api ‘fire break’ untuk mengelakka­n kebakaran hutan dari merebak ke kawasan ladang.

Law berkata kebakaran ini juga antara punca yang menyebabka­n keadaan agak berjerebu dari sempadan hingga ke kawasan Pujut, terutama jalan menuju ke Jambatan Asean yang turut menjejaska­n jarak penglihata­n.

Hujan turun seketika sahaja di beberapa kawasan di sini semalam, tidak mampu untuk menghilang­kan jerebu yang mulai menyelubun­gi bandar raya ini pada sebelah pag semalam, ekoran kebakaran hutan berlaku di sempadan.

Sementara itu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) d stesen ILP Miri mencatatka­n bacaan 66 pada jam 8 pagi meningkat kepada 70 pada jam 1 petang semalam.

Manakala bacaan IPU di Mir pula turut mencatatka­n peningkata­n dari 64 pada jam 8 pag kepada 70 pada jam 1 petang Bacaan IPU di kedua-dua stesen masih di paras sederhana.

Dalam perkembang­an berkaitan, pasukan bomba Miri turut membuat pemadaman kebakaran hutan seluas satu ekar berhampira­n kawasan Grand Old Lady di Bukit Kanada, pagi semalam.

Pada masa yang sama, pasukan bomba turut mendapat kerjasma daripada Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) Naim, yang membantu memadamkan kebakaran belukar d kawasan berhampira­n Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri di sini.

Kita mulai mengesan perkara ini pada pagi Isnin (semalam) selepas penduduk di kawasan Senadin mengadu bau asap.

Law Poh Kiong

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri

 ??  ?? PADAM: Pasukan bomba dan penyelamat bekerja keras memadamkan kebakaran di sempadan dengan menggunaka­n kaedah ‘direct attack’ bagi mengelak api marak ke kawasan ladang.
PADAM: Pasukan bomba dan penyelamat bekerja keras memadamkan kebakaran di sempadan dengan menggunaka­n kaedah ‘direct attack’ bagi mengelak api marak ke kawasan ladang.
 ??  ?? KAWAL: Pasukan bomba negara Brunei mengisi air untuk kaedah‘water bombing’bagi memadamkan api yang marak membakar hutan berhampira­n sempadan antarabang­sa.
KAWAL: Pasukan bomba negara Brunei mengisi air untuk kaedah‘water bombing’bagi memadamkan api yang marak membakar hutan berhampira­n sempadan antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia