Utusan Borneo (Sarawak)

Kapit tidak lagi terpencil dari bandar lain

Kerajaan Sarawak luluskan pembinaan lapangan terbang di daerah Bukit Mabong, Kapit

- Oleh Andy Sabang

KAPIT: Kapit tidak lagi terpencil dari bandar-bandar lain di negeri ini selepas Kerajaan Sarawak meluluskan pembinaan lapangan terbang di daerah Bukit Mabong di sini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, projek pembinaan lapangan terbang itu dijadualka­n bermula pada akhir tahun ini.

“Lapangan terbang tersebut akan membuka kawasan ini (Kapit) menerusi pengangkut­an udara.

“Ini akan memberi impak bukan sahaja daripada aspek pembanguna­n pertanian tetapi dalam sektor pelanconga­n di Hulu Rajang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Sarawak di sini semalam.

Abang Johari berkata, projek pembinaan Lapangan Terbang Kapit menelan kos lebih RM100 juta.

“Dalam masa 10 tahun akan datang, Kapit berada di tengah-tengah perkembang­an

Lapangan terbang tersebut akan membuka kawasan ini (Kapit) menerusi pengangkut­an udara.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

kerana saya juga menjangkak­an sudah ada jaringan jalan raya menghubung­kan Kapit dengan Belaga.

“Ini bermakna Kapit tidak lagi terasing dari bandar-bandar lain kerana sudah dihubungi jaringan jalan raya dari Kapit ke Sibu dan Kapit ke Baleh serta Belaga hingga ke Bintulu,” katanya.

Beliau turut mengumumka­n bantuan kepada 42 pintu Uma Bawang Skim Penempatan Semula Sungai Asap yang hilang tempat tinggal akibat kebakaran baru-baru ini.

Setiap pintu akan menerima bantuan sejumlah RM70,000.

Abang Johari kemudian melawat empat projek yang dilaksanak­an di Kapit selepas menghadiri mesyuarat tersebut.

Projek tersebut terdiri daripada pembinaan jalan keluar baharu Hospital Kapit, pengindaha­n Lily Pond, pengindaha­n Kapit Town Square dan pengindaha­n Kapit Waterfront.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si) Datu Abu Bakar Marzuki.

 ??  ?? DI SANA: Abang Johari berkata sesuatu semasa melawat projek dilaksanak­an di Kapit selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Sarawak semalam.
DI SANA: Abang Johari berkata sesuatu semasa melawat projek dilaksanak­an di Kapit selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia