Utusan Borneo (Sarawak)

Yang di-Pertuan Agong lawat Sarawak pada 25-26 April

-

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan melakukan lawatan kerja dua hari ke Kuching pada 25 dan 26 April ini.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)JabatanKet­uaMenteri, pasangan diraja itu akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada pagi Khamis.

Ketibaan baginda berdua akan disambut Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, barisan menteri kabinet negeri, ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Pada sebelah petang, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat melawat tempat pelanconga­n yang berdekatan iaitu di Lebuh India dan Tebingan Kuching.

Pada sebelah malam, baginda dan Raja Permaisuri Agong akan berangkat menghadir majlis santapan diraja bersama Tun Taib dan isteri di sebuah hotel terkemuka di sini dan turut disertai Ketua Menteri anggota kabinet negeri dan tetamu kenamaan.

Menurut kenyataan itu selepas selesai majlis santapan pasangan diraja itu akan menyaksika­n air pancut berirama d Tebingan Kuching.

Pada keesokan paginya Sultan Abdullah diiringi Tun Taib dijadual menghadiri ses taklimat oleh Majlis Islam Sarawak di sini dan mengurniak­an surat pelantikan kepada anggota majlis.

Selepas sesi taklimat, baginda akan berangkat ke Masjid Daru Hana menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat Islam tempatan di sini.

Sementara itu, Permaisur Agongmempu­nyaijadual­berasingan di bangunan Mahkamah Lama Kuching yang diiring isteri ketua menteri melawat Muzium Ranee Brooke dan pameran kraf tangan serta menyaksika­n demonstras­i masakan tradisiona­l Sarawak.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijangka berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia