Utusan Borneo (Sarawak)

Jerebu: Sebanyak 12,700 topeng muka disumbang kepada lapan sekolah

-

MIRI: Kerajaan Sarawak menyumbang sebanyak 12,700 keping topeng muka kepada lapan sekolah paling terjejas jerebu di kawasan Bandar Baharu Permyjaya dan Kuala Baram di sini semalam.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin mewakili Kerajaan Sarawak dan rombongan turun padang mengagihka­n topeng muka itu kepada murid dan pelajar sekolah terbabit.

Lapan sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 1, SK Kuala Baram 2, SK Tudan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Chung Hua Tudan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut, SK Senadin, SMK Merbau dan SK Merbau.

Kebakaran hutan terkini berlaku di kawasan tanah gambut sempadan antarabang­sa, Malaysia-Brunei menyumbang kepada keadaan berjerebu dan kualiti udara yang kurang baik di beberapa kawasan tertentu di sini khususnya di utara Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu turut mengingatk­an guru mengenai keperluan memastikan murid dan pelajar mereka memakai topeng muka.

“Selain minum banyak air, saya juga mahu guru di sekolah-sekolah terjejas tidak menjalanka­n aktiviti luar untuk murid dan pelajar mereka masa ini,” katanya.

Lee berkata, beliau sudah berbincang dengan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Mastapa Julaihi yang juga Residen Bahagian Miri untuk menghantar lebih banyak jentera dan pasukan ke kawasan Kuala Baram dan Sungai Tujuh bagi membantu pihak bomba memadamkan kebakaran.

Beliau menegaskan bahawa langkah berjaga-jaga awal seperti membina penghalang api diperlukan dalam usaha menghalang kebakaran yang berlaku di negara jiran, daripada terus merebak ke kawasan berhampira­n di sempadan negeri ini.

Sehingga petang semalam, masih belum ada maklumat sahih diperolehi termasuk keluasan kebakaran memandangk­an ia berlaku di negara jiran.

 ??  ?? TUNJUK: Lee menunjukka­n cara betul menggunaka­n topeng muka kepada murid-murid.
TUNJUK: Lee menunjukka­n cara betul menggunaka­n topeng muka kepada murid-murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia