Utusan Borneo (Sarawak)

Buku ‘Rethinking Asia’ edisi kelima dilancarka­n di Kuching

-

KUCHING: Buku ‘Rethinking Asia’ edisi kelima dilancarka­n semalam oleh Presiden merangkap Pengasas Bersama Pusat Inisiatif Kepimpinan Asia (CALI) Samuel Kim.

Buku bertajuk ‘Rethinking Asia 5: Realities and Aspiration­s of the New Eurasia’, memaparkan hasil penulisan pelajar Havard, MIT dan Tuff University yang melakukan pengembara­an ke 18 bandar di 11 negara di Eropah dan Asia.

Menurut Kim, 12 pelajar telah dihantar ke pelbagai bahagian Asia untuk bertemu pemimpin-pemimpin tempatan serta penduduk di peringkat akar umbi untuk mengetahui perkara yang sedang berlaku di negara-negara terbabit.

“Daripada itu, kami menyusun 10 bab dokumentas­i pelbagai tajuk termasuk tadbir urus, politik, reformasi institusi, rasuah, inovasi, pendidikan serta keusahawan­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku ‘Rethinking Asia 5: Realities and Aspiration­s of the New Eurasia’, d sebuah hotel di sini.

Difahamkan penerbitan pertama buku itu akan diagihkan di Kuching, kemudian Kuala Lumpur, Seoul dan Boston.

Ditanya kenapa Kuching dipiliih sebagai tempa pertama untuk mengagihka­n buku tersebut, Kim berkata beliau banyak menghabisk­an masa menulis dan menyiapkan buku itu di sini.

“Saya memutus member kredit kepada Kuching kerana saya mendapat ilham daripada keindahan alam semula jad di sini, saya mendapat ketenangan membuat saya dapat menyiapkan buku ini di sini,” ujarnya.

Terdahulu Kim menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Kepimpian Atas Tujuan anjuran Institut Kepimpinan Penjawat Awam Sarawak.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERBAHARU: Kim menunjukka­n buku ‘Rethinking Asia 5: Realities and Aspiration­s of the New Eurasia’ yang dilancar semalam.
— Gambar Chimon Upon TERBAHARU: Kim menunjukka­n buku ‘Rethinking Asia 5: Realities and Aspiration­s of the New Eurasia’ yang dilancar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia