Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Rakyat Tinjar Fasa 2 dimasukkan dalam RMK11

-

KUCHING: Projek Rakyat Tinjar Fasa 2 telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Malaysia untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan Tinjar dan sekitarnya.

Demikian kenyataan balas Kementeria­n Utiliti serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak berhubung ketiadaan bekalan air bersih di kawasan Tinjar terutama bagi Kampung Bukit Limau, Long Tuyut dan Menok.

“Kampung-kampung yang dinyatakan dalam laporan akhbar tersebut tidak dihubungka­n dengan kemudahan paip air.

“Namun demikian, Ketua Menteri Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM70 Juta di bawah Projek Rakyat Tinjar Fasa 2 ketika lawatan kerja rasmi beliau ke Tinjar pada Mac lepas bagi tujuan mempercepa­tkan projek berkenaan.

“Projek Rakyat Tinjar Fasa 2 juga bakal melibatkan­pembinaanp­enyambunga­n paip ke Kampung Bukit Limau, Long Tuyut dan Menok yang dijangka bermula pada bulan Jun 2019,” kata kenyataann­ya itu semalam.

Setelah projek itu siap nanti, penduduk di kawasan berkenaan akan mendapat manfaat daripada bekalan air bersih dan terawat.

Selain itu, Kerajaan Sarawak melalui JBALB sedang melaksanak­an Projek Rakyat Pakej Wilayah Utara 2 (NR2) untuk penggantia­n paip baharu di kawasan Lapok dan Tinjar.

Projek penggantia­n paip telah bermula pada bulan Mac tahun ini dan dijangka siap pada awal 2020.

Manakala untuk inisiatif segera, pihak JBALB bahagian Miri akan melakukan penghantar­an air bersih menggunaka­n lori tangki kepada pengguna di kampung-kampung berkenaan.

Penduduk di kawasan tersebut juga boleh merujuk dan memohon bantuan air mineral daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sehubungan itu, Kementeria­n Utiliti Sarawak serta JBALB Sarawak amat komited untuk memastikan segala isu dan masalah bekalan air diselesaik­an dengan segera bagi memudahkan rakyat melakukan kerja harian masing-masing.

Sekiranya terdapat masalah gangguan bekalan air atau permintaan penghantar­an air, sila hubungi pejabat JBALB Bahagian Miri di talian 085-442204.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia