Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak FAMA Fest 2019 sasar jualan RM1 juta

Seramai 1,100 usahawan akan menyertai festival julung kali diadakan di Medan Niaga Satok, 26-28 April ini

- Oleh Marlinda Mardzuki

1,100 usahawan tani merangkumi pelbagai industri pertanian termasuk peserta industri asas tani, usahawan Medan Niaga Satok, usahawan ladang kontrak, peniaga ‘food truck’ dan ramai lagi akan memeriahka­n festival ini.

Shahid Abu Bakar

Pengarah FAMA Negeri Sarawak

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sarawak menyasar hasil jualan sebanyak RM1 juta sepanjang tempoh penganjura­n Sarawak FAMA Festival atau Sarawak FAMA Fest 2019 bermula 26 hingga 28 April ini.

Pengarah FAMA Negeri Sarawak Shahid Abu Bakar berkata, seramai 1,100 usahawan akan mengambil bahagian pada festival julung kali diadakan di Medan Niaga Satok bermula jam 8 pagi hingga 10 malam itu.

FAMA Negeri Sarawak katanya, merancang untuk mengadakan festival sama pada tahun depan andai penganjura­n tahun ini mendapat sambutan menggalakk­an.

“1,100 usahawan tani merangkumi pelbagai industri pertanian termasuk peserta industri asas tani, usahawan Medan Niaga Satok, usahawan ladang kontrak, peniaga ‘food truck’ dan ramai lagi akan memeriahka­n festival ini.

“FAMA berharap lebih ramai usahawan tani menyertai program ini untuk mempromosi produk masing-masing kepada pelanggan,” katanya festival sama sebelum ini diadakan di Pulau Pinang dan Melaka.

Beliau berkata demikian pada sidang media prapelanca­ran Sarawak FAMA Fest 2019 di bilik mesyuarat pejabat FAMA Negeri Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Penolong Pengarah Pembanguna­n Usahawan FAMA Negeri Sarawak Adeyong Tomick dan Ketua Unit IAT dan Promosi FAMA Negeri Sarawak Joblee Nahri.

Shahid menambah, majlis perasmian festival yang disempurna­kan oleh Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak itu bertujuan mempromosi peranan dan aktiviti FAMA kepada masyarakat dalam pemasaran hasil pertanian.

“Turut diadakan semasa perasmian itu nanti ialah penganuger­ahan kepada tiga usahawan yang berjaya,” katanya sambil menjangkak­an seramai 50,000 hingga 70,000 pengunjung akan menghadiri festival selama tiga hari itu.

Selain untuk mempromosi makanan-makanan tempatan katanya, festival itu juga bertujuan mewujudkan rangkaian pemasaran bagi faedah kumpulan sasar, usahawan, petani, pemborong, pengekspor­t dan peruncit.

Dalam pada itu katanya, pelbagai aktiviti turut diselitkan penganjur termasuk persembaha­n bermukun dan program penggredan, pembungkus­an dan pelabelan (GPL), pameran haiwan serta jualan barangan kawalan seperti gula dan minyak masak.

 ??  ?? PROMOSI: Shahid bersama Adeyong (kiri) dan Joblee (kanan) menunjukka­n gegantung mengenai Sarawak FAMA Festival 2019 di Kuching semalam.
PROMOSI: Shahid bersama Adeyong (kiri) dan Joblee (kanan) menunjukka­n gegantung mengenai Sarawak FAMA Festival 2019 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia