Utusan Borneo (Sarawak)

Forum awam ‘Chat with ROSE di Summer Mall, pada 27 April

-

KUCHING: Rise of Sarawak Efforts (ROSE) akan mengadakan forum awam ‘Chat with ROSE’ dengan tajuk ‘Belia dan Pekerjaan di Sarawak Peluang Atau Cabaran’ d Concourse Level, Summer Mall Kota Samarahan pada 27 April ini.

Pengerusin­ya Ann Teo berkata, forum ini akan berlangsun­g mulai jam 7.30 malam hingga 9.30 malam dengan dua ahli panel dijemput iaitu Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang dan Andrew Lo yang merupakan ahl kesatuan sekerja atau aktivis dan kini setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak.

“Kami berbangga kerana dapat menjemput dua ahl panel yang sudi hadir untuk menjayakan forum ini iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang dan Andrew Lo.

“Mereka akan berkongs dan membincang­kan peluang pekerjaan atau kekurangan di Sarawak, cabaran dan isu dihadapi oleh belia dan golongan yang sedang mencar kerja, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak masing-masing termasuk pihak yang berkepenti­ngan untuk menutupi jurang tersebut.

“Kami percaya bahawa kedua-dua ahli panel dapat memberi sumbangan yang hebat kepada wacana kam nanti,” katanya menerus kenyataan medianya semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru golongan pelajar dan semua anak muda sama ada yang sudah bekerja atau tidak serta orang awam menghadir forum awam ini.

“Tujuan utama forum in adalah untuk membolehka­n wacana bebas dan terbuka tentang isu-isu yang menjejaska­n rakyat Sarawak yang mana mungkin sebaliknya kekal dalam pembuat dasar atau kerajaan.

“Dengan mengadakan acara forum seperti ini, kam berharap ia dapat member manfaat dengan perkongsia­n maklumat berharga, selain memberi peluang untuk libat urus antara pihak berkepenti­ngan.

“Ia juga akan menyatukan nilai-nilai bersama kami sebagai anak Sarawak untuk tujuan bersama membina Sarawak yang lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, siri wacana itu dianjurkan selaras dengan satu keutamaan strategik pihaknya iaitu mendidik warganegar­a dan pengund mengenai isu-isu semasa melalui penyertaan dan penglibata­n.

“Kami percaya ini boleh dicapai melalui acara forum awam tentang isu-isu penting yang berkaitan dengan rakyat atau golongan tertentu,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Ann di talian 016-8604998.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia