Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA serius pantau pengimport, pengekspor­t berhubung pematuhan peraturan GPL

-

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sarawak serius memantau pengimport dan pengekspor­t berhubung pematuhan peraturan Penggredan, Pembungkus­an dan Pelabelan (GPL) setiap produk pertanian di pasar raya.

Pengarah FAMA Negeri Sarawak Shahid Abu Bakar berkata, peraturan itu digubal berdasarka­n Seksyen 3(2)(C) Akta 141 yang menjelaska­n kuasa FAMA untuk melaksanak­an aktiviti GPL keluaran pertanian.

FAMA juga katanya, di per tanggungja­wab mengikut Akta 141 untuk menetapkan standard kepada kualiti fizikal sesuatu keluaran pertanian dengan mengguna pakai Malaysia Standard (MS) mengikut Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549).

“Para pengimport dan pengekspor­t pasar raya perlu faham produk pertanian yang diimport atau eksport perlu mengalami proses GPL dahulu sebelum dipasarkan kepada pelanggan.

“Suku pertama tahun ini, FAMA Negeri Sarawak lebih banyak memberi penerangan kepada pihak yang berkaitan dan kita mendapati 80 peratus pasar raya sudah mematuhi GPL,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media prapelanca­ran Sarawak FAMA Fest 2019 di bilik mesyuarat pejabat FAMA Negeri Sarawak di sini, semalam.

Shahid menambah, pemantauan itu bertujuan memastikan produk pertanian yang memasuki negara ini berkualiti dan tidak dicemari racun dan serangga perosak.

Malah katanya, Kerajaan Sarawak juga serius dalam mempromosi GPL untuk produk-produk tempatan yang dipasarkan di luar negara.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya merancang mengadakan Program Jualan Terus Dari Ladang di Miri pada 13 hingga 25 Ogos ini.

“Ia bagi membolehka­n orang ramai atau pengguna membeli produk hasil keluaran pertanian dengan harga berpatutan,” ujarnya.

Selain itu katanya, FAMA juga akan mengadakan Kursus Meningkaka­n Kemahiran (Upskilling) dan Pemasaran Durian di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin, Serian pada 2 Mei depan.

“Setakat ini, kita telah menerima penyertaan seramai 200 orang dalam kalangan usahawan tani di mana kursus ini akan menunjukka­n demonstras­i bagaimana mencantumk­an pokok utama durian dengan klon baharu,” katanya sambil menambah, pihaknya turut menjual benih klon durian semasa kursus tersebut.

Hadir sama, Penolong Pengarah Pembanguna­n Usahawan FAMA Negeri Sarawak Adeyong Tomick dan Ketua Unit IAT dan Promosi FAMA Negeri Sarawak Joblee Nahri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia