Utusan Borneo (Sarawak)

Kolam Renang Awam Miri perlu dinaik taraf: Alan Ling

-

MIRI: Kolam Renang Awam Miri perlu dinaik taraf bagi membolehka­n pencarian bakat baharu serta penganjura­n kejohanan renang bertaraf tinggi di sini.

Setiausaha Pakatan Harapan Sarawak Senator Alan Ling berkata, menaik taraf kolam renang itu juga bagi kegunaan awam dan pusat latihan untuk atlet-atlet renang.

“Meskipun Miri pesat membangun, kita tidak boleh lupa bahawa kemudahan sukan juga perlu ditambah baik dari semasa ke semasa untuk membudayak­an gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat,” jelasnya.

Menurut Ling, kemudahan kolam renang itu tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan, justeru sewajarnya pihak berkaitan tampil dan melihat pemasalaha­n yang berlaku di kolam renang itu.

“Jika Miri mempunyai kolam renang yang mencapai piawaian antarabang­sa, maka tidak mustahil kita mampu menarik atlet renang dari luar untuk bertanding di sini.

“Ia sekali gus akan membuka mata atlet luar akan kemampuan Sarawak khasnya Miri menganjurk­an kejohanan renang seterusnya mempromosi­kan industri pelanconga­n,” jelasnya.

Terdahulu, Ling menyampaik­an geran kerajaan kepada Persatuan Renang Amatur Miri (MASA) untuk membantu persatuan menggilap bakat baharu dalam kolam renang.

“Saya akan terus memberi sokongan dan melihat keperluan MASA jika mereka memerlukan permohonan daripada Kementeria­n Belia dan Sukan,” jelasnya.

Ling juga berharap MASA dapat melahirkan lebih ramai jaguh di kolam renang sekali gus mewakili negara ke kejohanan lebih besar.

Turut hadir Pengerusi MASA Sim Chui Bee dan Penyelia Kolam Renang Awam Miri Robert Chandy Mingat.

 ??  ?? SOKONG: Ling (tengah) menyampaik­an geran kerajaan persekutua­n kepada Sim semasa melawat Kolam Renang Awam Miri.
SOKONG: Ling (tengah) menyampaik­an geran kerajaan persekutua­n kepada Sim semasa melawat Kolam Renang Awam Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia