Utusan Borneo (Sarawak)

Pelanconga­n, teknologi maklumat berpotensi besar dibangunka­n oleh China dan Sarawak

-

KUCHING: Konsulat Jeneral Republik China di Kuching, Cheng Guangzhong berkata pelanconga­n dan teknologi maklumat dua sektor berpotensi besar dibangunka­n menerusi projek usaha sama antara China dan Sarawak.

“Pada tahun lepas sahaja hampir 150 juta pelancong China melancong ke luar negara, maka ruang yang besar untuk China dan Sarawak menjalinka­n kerjasama dalam sektor pelanconga­n.

“Teknologi maklumat seperti e- dagang, big data, pengkomput­eran awan, telah disenaraik­an dalam pembinaan ‘Belt and Road’ dalam beberapa tahun.

“China boleh memperheba­tkan kerjasama dalam bidang bidang ini dengan Sarawak untuk membina laluan sutera digital,” katanya ketika menyampaik­an ucapan aluan pada Majlis Perasmian Bengkel Ekonomi dan Taklimat Dasar Kerjasama Antara China dan Sarawak di sebuah hotel di sini, semalam.

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Alam Sekitar Kedua serta Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut Cheng, perbezaan saiz tanah yang ketara antara China dan Sarawak bukan halangan untuk kedua-dua pihak menjalinka­n kerjsama.

“Hakikatnya China dan Sarawak, Malaysia adalah rakan kerjasama semula jadi dalam pelbagai bidang seperti pembinaan infrastruk­tur, pengeluara­n peralatan, tenaga bersih, pertanian tropika, pertanian marin, ekonomi digital, ekonomi hijau serta ekonomi dan pelanconga­n khas,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan beliau memberitah­u bahawa forum ‘Belt and Road’ bagi perbadanan antarabang­sa akan diadakan di Beijing tahun ini.

Beliau berkata forum yang bakal dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan simbolik inisiatif ‘Belt and Road’ yang diperkenal­kan pada 2013 memasuki tahap baharu yang menyediaka­n lebih banyak peluang kerjasama antara China dan Sarawak.

“Malaysia terletak di kedudukanp­enting Laluan Sutera Marin pada abad ke-21. Tambahan, China dan Sarawak adalah jiran yang baik merentasi lautan.

“Kita sentiasa mengekalka­n hubungan rapat dalam sejarah dan kini bekerjasam­a untuk pembaharua­n serta kemakmuran.

“Saya amat berharap rakyat daripada semua komuniti maju ke hadapan dalam semangat kerjasama antara China dan Malaysia, bertindak sebagai penggalak kepada inisiatif ‘Belt and Road’,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA KOMUNITI: Siti Nurfatimah (empat kiri) bersama Tiong (lima kiri) serta tetamu kehormat yang lain semasa Program Geran Komuniti Bahagian Sibu, Ahad lepas. BERSAMA KOMUNITI: Sit Nurfatimah (empat kiri) bersama Tiong (lima kiri) serta tetamu kehormat yang lain semasa Program Geran Komuniti Bahagian Sibu, Ahad lepas.
BERSAMA KOMUNITI: Siti Nurfatimah (empat kiri) bersama Tiong (lima kiri) serta tetamu kehormat yang lain semasa Program Geran Komuniti Bahagian Sibu, Ahad lepas. BERSAMA KOMUNITI: Sit Nurfatimah (empat kiri) bersama Tiong (lima kiri) serta tetamu kehormat yang lain semasa Program Geran Komuniti Bahagian Sibu, Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia