Utusan Borneo (Sarawak)

KRT menjayakan agenda penyatuan nasional, pelihara keselamata­n

-

SIBU: Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memperliha­tkan keprihatin­an kerajaan dalam menjaga kepentinga­n komuniti dan keselamata­n mereka daripada sebarang ancaman serta penceroboh­an.

Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen berkata, maklumat disalurkan kepada pasukan keselamata­n bukan sahaja membolehka­n tindakan pencegahan diambil serta-merta, malah membantu kerajaan merealisas­ikan agenda penyatuan nasional dan memelihara keselamata­n.

“Mereka inilah yang merupakan mata dan telinga kepada pihak berkuasa bagi membantu menyalurka­n maklumat khususnya isu-isu jenayah dan dadah dalam kawasan Rukun Tetangga masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Geran Komuniti Bahagian Sibu KRT Swan Rejang di Dewan Su Kuok Garden, Grand Height Ahad lepas.

Menurut Siti Nurfatimah, di samping itu program ini memberi pendedahan kepada masyarakat setempat khususnya dalam memastikan kebersihan di kawasan kejiranan.

“Jemputan kepada pelajar sekolah adalah untuk member didikan awal kepada mereka betapa pentingkan kebersihan dan ini perlu diamalkan bermula dari rumah masing-masing,” jelasnya.

Aktivitiya­ngdijalank­ansemasa program termasuk ceramah pencegahan denggi oleh Lim Ai Tyng, ceramah pencegahan dadah oleh Ketua Daerah Agens Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu Lu Ting Pin, pameran oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, Jabatan Narkotik dan AADK Daerah Sibu.

Gotong-royong bersama KRT Swan Rejang Sibu, Majlis Perbandara­n Sibu, SK SEDC Sibu, SJK Thai Kwang Sibu, SMK Lanang dan Persatuan Penduduk Taman Grand Height turut dijalankan.

Programdir­asmikanPen­gerusi MPS merangkap ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King.

Hadir sama ialah Ketua Polis Balai Lanang Devara Subramania­m dan Pengerus KRT Swan Rejang Kapitan Yeo Soun Kou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia