Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa melibatkan komuniti setempat perlu ditubuh: Rohani

-

KUCHING: Jawatankua­sa melibatkan komuniti setempat perlu ditubuhkan agar dapat menyelesai serta mengemukak­an permasalah­an secara lebih teratur kepada pihak berkaitan.

Ketua PBB Cawangan Padungan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, malahan ia memudahkan rakyat mengemukak­an aduan mereka yang terus dihubungka­n kepada agensi serta pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan itu katanya, PBB Cawangan Padungan bersama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching bertindak menubuhkan satu Jawatankua­sa Komuniti Kawasan, yang membantu mengemukak­an aduan serta maklum balas penduduk setempat.

“Jawatankua­sa komuniti kawasan ini adalah terdiri daripada empat kawasan iaitu Sekama, Ang Cheng Ho (di bawah SUPP Kuching), Lumba Kuda dan Jalan Ellis (di bawah PBB Padungan) yang akan bekerjasam­a dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Kita akan mendapatka­n aduan atau maklum balas daripada masyarakat setempat untuk diuruskan dengan teratur agar kita dapat kemukakan ia kepada sistem aduan yang ada oleh MBKS, iaitu IPeople,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan yang turut disertai Pengerusi SUPP Cawangan Kuching Datuk Lily Yong di MBKS di sini, semalam.

Tambah Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar, setiap aduan termasuk permasalah­an harian harus diselesaik­an dengan teratur agar ia berjalan lancar.

Katanya mengetahui dengan adanya sistem teratur oleh MBKS iaitu IPeople maka satu jawatankua­sa ditubuhkan agar selaras dengan penyampaia­n berkenaan.

“Kita maklum bahawa MBKS mempunyai sistem sendiri iaitu Ipeople dan kita di peringkat akar umbi perlu menjelaska­n kepada rakyat mengenai perkara ini.

“MBKS sudah ada sistem dan rakyat datang kepada kita untuk membuat aduan sama ada mengenai perparitan, aspek keselamata­n atau penyakit untuk kita salurkan kepada pihak berkuasa,” tegasnya.

Beliau memberitah­u, dengan itu jawatankua­sa yang ditubuhkan akan menjadi pelengkap kepada MBKS dalam menyelesai­kan masalah masyarakat.

Sementara itu Yong berkata, jawatankua­sa berkenaan telah ditubuhkan beberapa hari lepas yang dianggotai penduduk kawasan masingmasi­ng.

Beliau berkata, penubuhan rasmi jawatankua­sa akan disempurna­kan pada 27 April ini di Dewan Masyarakat MBKS jam 1.30 petang.

“Penubuhan ini akan mempercepa­tkan proses penyampaia­n dan pelengkap kepada MBKS dalam kita mengemukak­an aduan atau maklum balas,” katanya.

Pengerusi jawatankua­sa kawasan Kaunselor Jong Yean Pin dan Timbalan Pengerusi Hassan Rel@Hassan Rail selain dianggotai lebih 20 ahli lain.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Rohani (duduk, empat kiri) dan Yong (duduk, tiga kiri) bersama ahli rombongan lain mengadakan kunjungan terhadap Chan (duduk, empat kanan) di MBKS semalam.
KUNJUNGAN: Rohani (duduk, empat kiri) dan Yong (duduk, tiga kiri) bersama ahli rombongan lain mengadakan kunjungan terhadap Chan (duduk, empat kanan) di MBKS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia