Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan tangguh pemindahan Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi dipuji

-

KUCHING: Setiausaha Agung Parti Sarawak Bersatu (PSB) George Lo memuji keputusan untuk menangguhk­an pemindahan Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu.

Bagaimanap­un kata Lo, pengangguh­an itu harus bertujuan untuk pematuhan Perlembaga­an Persekutua­n berhubung perundinga­n bersama Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

“Meskipun tiada undangunda­ng bahawa Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi berada di Kuching tetapi hakikatnya Pejabat Pendaftara­n telah berada di Kuching sejak pembentuka­n Malaysia.

“Sekiranya terdapat keperluan untuk memindahka­n Pejabat Pendaftara­n, mesti ada perundinga­n yang sewajarnya dan merit pemindahan perlu diteliti,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Lo menegaskan bahawa keputusan sewenang-wenangnya dibuat tanpa sebarang rundingan itu dilihat tidak mempedulik­an pandangan dan kehendak rakyat Sarawak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Latifah Mohd Taha memaklumka­n semalam bahawa penempatan semula Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak ke Kota Kinabalu tidak akan dilaksanak­an pada 1 Mei 2019.

Latifah memaklumka­n perkara berkenaan melalui surat rasmi bertarikh 23 April 2019.

“Dengan hormatnya saya merujuk kepada Penempatan Semula Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan surat pejabat ini bertarikh 19 April 2019 dalam rujukan yang sama adalah berkaitan.

“Pejabat ingin memaklumka­n bahawa penempatan semula Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching, Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah tidak akan dilaksanak­an pada 1 Mei 2019,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kenyataan sama turut menyatakan salinan mengenai perkara berkenaan kepada 16 indvidu utama berkaitan termasuk kepada Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan Hakim Besar Malaya.

Sebelum ini melalui surat rasmi bertarikh 19 April, Latifah menyatakan bahawa Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak akan berpindah dari Kuching ke Kota Kinabalu.

‘Surat edaran’ daripada Pejabat Ketua Pendaftar bertarikh 19 April 2019 yang diedarkan menerusi WhatsApp menyatakan penempatan semula pejabat itu akan berkuat kuasa 1 Mei 2019.

‘Surat’ tersebut turut menyatakan perkara itu telah diperkenan­kan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 ??  ?? GEORGE LO
GEORGE LO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia