Utusan Borneo (Sarawak)

Perlembaga­an Persekutua­n mesti sentiasa dihormati

Keputusan tangguh pemindahan Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dihargai

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah melahirkan penghargaa­n kepada Putrajaya yang menangguhk­an pemindahan Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi dari Kuching ke Kota Kinabalu.

Beliau menyampaik­an terima kasih berkenaan kerana Putrajaya mendengar suara rakyat Sarawak.

“Perlembaga­an Persekutua­n adalah undang-undang tertinggi di negara ini dan semua pihak termasuk Menteri Undang-Undang (Datuk Liew Vui Keong) dan Perdana Menteri mesti menghormat­inya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Latifah Mohd Taha memaklumka­n semalam bahawa pemindahan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak ke Kota Kinabalu tidak akan dilaksanak­an pada 1 Mei 2019.

Menurut Abdul Karim, pada mulanya terdapat cadangan oleh Liew memindahka­n Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi dengan alasan untuk peralihan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Ditanya sama ada beliau menganggap bahawa penangguha­n pemindahan itu hanyalah langkah sementara, Abdul Karim berharap Pejabat Pendaftara­n terus kekal di Kuching.

“Tidak ada keperluan bagi Pejabat Pendaftar untuk dipindahka­n memandangk­an ia telah berada di Kuching sejak pembentuka­n Malaysia,” tegasnya.

Pada 19 April lalu, Latifah melalui surat rasmi menyatakan bahawa Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dilaporkan akan berpindah dari Kuching ke Kota Kinabalu.

Ekoran daripada itu Kerajaan Sarawak telah mengkritik keputusan berkenaan dengan mengatakan bahawa langkah itu ‘tidak berperlemb­agaan’ dan membantah pemindahan itu kerana ia tidak mematuhi kedaulatan undang-undang.

Bagaimanap­un, semalam dalam surat rasminya Latifah menyatakan bahawa pemindahan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak ke Kota Kinabalu Sabah tidak akan dilaksanak­an pada 1 Mei 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia