Utusan Borneo (Sarawak)

RM14,000 menanti pemenang Pertanding­an Fotografi Pelanconga­n Antarabang­sa Miri 2019

-

MIRI: Wang tunai berjumlah RM14,000 menanti pemenang Pertanding­an Fotografi Pelanconga­n Antarabang­sa Miri Kedua pada 22 hingga 27 September akan datang.

Presiden Pertubuhan Fotografi Miri Sylvester Wong berkata pihaknya menyasarka­n 40 peserta terdiri daripada jurugambar, penulis blog dan media dari Singapura, China, Brunei, Indonesia, Taiwan, Jepun, Thailand dan Malaysia akan menyertai pertanding­an itu.

Katanya, pemenang tempat pertama hingga ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM8,000, RM4,000 dan RM2,000 manakala lima hadiah sagu hati berupa baucar hotel.

“Peserta perlu menulis dan mempromosi­kan Miri di dalam blog mereka, melalui surat khabar tempatan dan majalah.

“Kita juga akan menjemput individu yang mempunyai reputasi untuk menghakimi pertanding­an fotografi,” katanya semasa berkunjung ke pejabat Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin semalam.

Kunjungan itu bagi memberi taklimat ringkas kepada Lee mengenai pertanding­an dan mendapatka­n sokongan.

Sylvester menambah, penganjura­n pertanding­an itu adalah susulan kejayaan pertanding­an pada tahun lepas yang turut menyaksika­n penyertaan penulis dan penulis blog dari Singapura, Indonesia, Brunei, Taiwan dan Semenanjun­g Malaysia.

Menariknya kali ini, turut diadakan Persidanga­n Fotografi Pelanconga­n Antarabang­sa Miri selama dua hari pada 27 dan 28 September yang terbuka kepada jurugambar tempatan dan asing.

“Persidanga­n ini antara lain bertujuan menyediaka­n peluang kepada peserta untuk menerokai keunikan masyarakat berbilang kaum di sini.

“Selain itu, peserta boleh menerokai keindahan alam semula jadi dan tarikan yang terdapat di Miri seperti Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Gua Niah atau tanah tinggi Ba’Kelalan dan Bario,” katanya.

Beliau menambah, paling penting para peserta dapat menikmati makanan tempatan dan pada masa yang sama peserta boleh merakamkan pemandanga­n menarik d sini dengan lensa kamera mereka.

 ??  ?? TERIMALAH: Sylvester menyampaik­an maklumat Pertanding­an Fotografi Pelanconga­n Antarabang­sa Miri Ke-2 kepada Lee (kanan semalam, kelihatan sama ahli-ahli Pertubuhan Fotografi Miri yang lain.
TERIMALAH: Sylvester menyampaik­an maklumat Pertanding­an Fotografi Pelanconga­n Antarabang­sa Miri Ke-2 kepada Lee (kanan semalam, kelihatan sama ahli-ahli Pertubuhan Fotografi Miri yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia