Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidik berperanan penting mengekalka­n kesenian Islam: Rubiah

-

KOTA SAMARAHAN: Warga pendidik memainkan peranan penting dalam mengekalka­n kesenian Islam yang semakin terhakis pada era Revolusi Industri 4.0 hari ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, konsep hiburan masa kini lebih bersifat keduniaan, melekakan dan jauh menyimpang daripada tradisi seni Islam.

Justeru katanya, warga pendidik harus mengimarah­kan aktiviti di sekolah melalui pertanding­an nasyid kontempero­ri, syarahan agama, bercerita kisah nabi, seni khat dan tilawah al-Quran.

“Para pendidik perlu berjuang mempertaha­nkan kesenian Islam agar anak-anak didik memahami keindahan seni Islam dan menyimpan rasa bertanggun­gjawab mempertaha­nkan legasi ini.

“Kita harus meneladani kesenian Islam yang diwarisi mereka yang terdahulu,” katanya pada perasmian penutupan Festival Kesenian Islam Borneo 2019 di Dewan Sri Samarahan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) di sini, semalam.

Rubiah menambah, penganjura­n seumpama itu tepat pada masanya terutama ketika umat Islam diuji dengan cabaran-cabaran hebat di seluruh dunia.

Sementara itu, Timbalan Pengarah IPGKTAR Dr Rahmah Mursihi berkata festival itu menjadi petunjuk mengenai inisiatif-inisiatif itu untuk memacu dan melestarik­an pendidikan Islam.

“Keindahan seni Islam secara tidak langsung menghakis tanggapan negatif terhadap Islam yang dilabel ganas dan melampau oleh segelintir pihak,” katanya.

Terdahulu, seramai 380 peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah menengah dan sekolah rendah dari seluruh negeri mengambil bahagian dalam pertanding­an pada festival ini.

Sebanyak enam kategori dipertandi­ngkan iaitu Nasyid Kontempora­ri, Tilawah AlQuran, Hafazan Al-Quran, Syarahan Agama, Bercerita Kisah-Kisah Al-Quran dan Seni Khat.

Festival Kesenian Islam Borneo 2019 merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dan Jawatankua­sa Pentadbir Pusat Islam Tun Abdul Razak Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Rubiah merakam kenanga bersama johan Pertanding­an Nasyid Kontempora­ri yang dimenangi kumpulan IPGKTAR 1 pada perasmian penutupan Festival Kesenian Islam Borneo 2019 di Kota Samarahan, semalam.
UNTUK ALBUM: Rubiah merakam kenanga bersama johan Pertanding­an Nasyid Kontempora­ri yang dimenangi kumpulan IPGKTAR 1 pada perasmian penutupan Festival Kesenian Islam Borneo 2019 di Kota Samarahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia