Utusan Borneo (Sarawak)

JPVS mengadakan vaksin antirabies percuma di 13 kawasan di Kuching

-

KUCHING: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) akan mengadakan vaksin antirabies percuma di 13 kawasan di bandar raya ini mulai 24 hingga 30 April 2019.

Menurut Jabatan itu dalam satu kenyataan semalam, kawasan itu membabitka­n Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road, Gereja Carmelite, Pusat Komuniti Kenyalang Park, Dewan Masyarakat MBKS, Tabuan Foochow, Dewan Serba Guna Kempas Height, Taman Rekreasi Tabuan Jaya dan Dewan Serba Guna Kampung Tabuan Lot.

Kawasan lain ialah Pondok Polis Hui Sing, Dewan Komuniti Hui Sing, Taman Daya, Taman Seng Goon dan Dewan Persatuan Masyarakat Stampin (Kampung Stutong Baru).

Pemberian vaksin antirabies secara percuma di SK Green Road dan Gereja Carmelite diadakan pada 24 April dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Bagi Pusat Komuniti Kenyalang Park dan Dewan Masyarakat MBKS, program itu akan diadakan pada 27 April dari jam 9 pagi hingga 6 petang manakala keesokan harinya di Tabuan Foochow pada waktu sama.

Sementara di Dewan Serba Guna Kempas Height, Taman Rekreasi Tabuan Jaya dan Dewan Serba Guna Kampung Tabuan Lot, pemberian vaksin antirabies diadakan pada 29 April mulai jam 9 pagi hingga 6 petang.

Manakala pemberian vaksian antirabies secara percuma di Pondok Polis Hui Sing, Dewan Komuniti Hui Sing, Taman Daya, Taman Seng Goon dan Dewan Persatuan Masyarakat Stampin (Kampung Stutong Baru) akan dijalankan dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada 30 April ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta membawa haiwan peliharaan mereka terutama anjing untuk mendapatka­n vaksin antirabies

Iamengambi­lmasasekur­angkurangn­ya satu bulan untuk anjing dilindungi daripada rabies selepas vaksinasi.

Vaksinasi antirabies perlu dilakukan setiap tahun untuk mengekalka­n perlindung­an terhadap rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia