Utusan Borneo (Sarawak)

Program vaksinasi antirabies di Zon D esok

-

KUCHING: Pasukan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) akan berada di Zon D bagi meneruskan program vaksinasi antirabies daerah Kuching pada Khamis 25 April ini (esok) melibatkan kawasan Jalan Central Sekama, Padungan dan Batu Lintang.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, antara kawasan yang terlibat dalam Zon D bermula jam 9 hingga 11.30 pagi ialah Gan Swee Cho Garden, Jalan Central Timur Jalan Chong Kiun Chong (Lorong 1 hingga 4), Lintang Park dan Traffic Garden (Jalan Berjaya/Jalan Cahaya).

Manakala mulai jam 2 hingga 5 petang, pasukan yang sama akan berada di Taman Sun Valley, Jalan Ellis, Jalan Chong Kiun Chong (Lorong 5 hingga 8), Taman Bunga Teratai dan Taman Chung Hua.

Selain itu, pasukan itu turut berada di Taman Kal (Lorong Resak), Three Hil Park, Sungai Apong, Jalan Selangan Batu, Taman Orchid dan Taman Supreme bermula jam 9 hingga 11.30 pagi dan 2 hingga 5 petang.

Program vaksinas antirabies bagi Zon D secara keseluruha­nnya akan dilaksanak­an dari rumah ke rumah pada hari tersebut.

Sehubungan itu, masyarakat yangtingga­ldiZonDhen­daklah peka dengan kehadiran pasukan tersebut dan dinasihat agar menggunaka­n peluang tersebut untuk mendapatka­n suntikan vaksin antirabies yang diberi secara percuma khusus kepada anjing yang mempunyai pemilik.

Program vaksinasi antirabies akan dilaksanak­an di kawasan pentadbira­n Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengikut pembahagia­n zon mulai 22 April hingga 2 Mei sempena Operasi Bersepadu Fasa III Daerah Kuching.

Sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi Bilik Operasi Rabies di talian 082628 250/ 628 255.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia