Utusan Borneo (Sarawak)

Sudah tiba masanya Sungai Asap disediakan balai bomba

-

BINTULU: Penduduk Sungai Asap di Belaga memerlukan sebuah balai bomba dan penyelamat yang besar bagi menampung keperluan penduduk 15 rumah panjang serta kawasan berdekatan yang lainnya, kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Mujah Lihan.

Katanya, ini memandangk­an daerah kecil Sungai Asap belum lagi mempunyai kemudahan memadam api yang lengkap.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap permintaan penduduk di Sungai Asap yang memohon supaya dibina sebuah balai bomba di penempatan semula itu bagi menjalanka­n kerja memadam kebakaran yang berlaku di kawasan terbabit.

“Saya berharap pasukan bomba yang lebih besar ditempatka­n di sini bagi membantu pasukan bomba sukarela sedia ada, sekali gus mengurangk­an kadar kebakaran di sini,” ujarnya pada majlis makan malam bersama mangsa kebakaran Uma Bawang, Sungai Asap Belaga, malam Ahad lalu.

Sejak 1997, sebanyak enam kejadian kebakaran melibatkan rumah panjang berlaku di kawasan Sungai Asap dan yang terbaharu di Uma Bawang telah mendatangk­an kerugian kepada penduduk.

Ini kerana katanya, rumah berserta harta benda termasuk dokumen penting musnah dalam kebakaran itu.

“Kita turut difahamkan penyambung­an wayar elektrik yang tidak memenuhi spesifikas­i ditetapkan turut menjadi antara punca utama litar pintas hingga berlaku kebakaran, ditambah dengan faktor kecuaian semasa memasak serta penggunaan barangan elektrik (yang melampaui beban),” ujarnya.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaik­an cek sumbangan RM44,000 daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas buat mangsa terjejas, disusuli Sarawak Energy Berhad (SEB) yang turut menghulurk­an sumbangan RM5,000 buat Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Uma Bawang yang turut musnah dalam kebakaran dan RM21,000 lagi buat mangsa terjejas.

Tiga lagi Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Kenil Jeraiie, Charles Balan dan Jenny Bangga turut hadir.

 ??  ?? IKHLAS: Kenil (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Maren Uma Ellison Durain yang mewakili mangsa terjejas.
IKHLAS: Kenil (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Maren Uma Ellison Durain yang mewakili mangsa terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia