Utusan Borneo (Sarawak)

Penggiat filem Tommy Mansur kongsi pengalaman­nya di UNIMAS esok

-

KUCHING: Pemenang anugerah Penataan Seni Terbaik, Tunku Taufek Mansur, untuk filem ‘Lelaki Harapan Dunia’ pada Festival Filem Malaysia Ke-27 akan berkongsi pengalaman­nya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) esok.

Pengarah Mini Film Festival Mohd Affendi dalam kenyataann­ya semalam, berkata Tunku Taufek atau lebih dikenali sebagai Tommy Mansur sangat menitikber­atkan penataan seni dalam filem-filem yang beliau pernah terlibat.

Antara karya yang telah dihasilkan Tommy ialah ‘Pulang’, ‘Lelaki Harapan Dunia’, ‘Hanyut’, dan ‘Lagenda Budak Setan 2’.

Tommy juga pernah menyandang tugas sebagai pembantu kepada Ian Whittaker sebagai ‘set dresser’ dalam filem ‘Anna and the King’ yang telah dicalonkan di Oscar.

“Daripada karya-karya ini, kita boleh lihat betapa pentingnya peranan Tommy untuk menyelitka­n unsur penataan seninya dalam filem-filem yang beliau pernah terlibat,” tambah Affendi.

Bagi memupuk semangat dan menambah ilmu pengetahua­n tentang kepentinga­n penataan seni dalam sesebuah filem, pihak penganjur Mini Film Festival Ke-15 akan menganjurk­an sesi ceramah dan perkongsia­n di Studio TV, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS.

Tommy akan berkongsi pengalaman peribadi sepanjang penglibata­nnya dalam industri perfileman Malaysia dan sepanjang menjadi pereka produksi.

Ceramah dan perkongsia­n bersama ini terdiri daripada dua sesi. Sesi pagi akan diadakan jam 9 pagi manakala sesi petang pula akan diadakan jam 2 petang.

Menurut pihak penganjur, penyertaan ceramah ini adalah terbuka kepada khalayak ramai secara percuma.

Orang awam dinasihati menempah tiket percuma di laman Facebook Mini Film Festival.

Untuk maklumat lanjut mengenai ceramah ini, sila hubungi Izzatul di talian 0172105600.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia