Utusan Borneo (Sarawak)

Ada arahan tidak teruskan siasatan selepas penemuan mayat pertama: Saksi

-

PUTRAJAYA: Seorang saksi semalam memberitah­u Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis bahawa beliau diarahkan tidak meneruskan siasatan selepas penemuan mayat pertama di puncak Bukit Wang Burma pada 6 Mac 2015.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar ASP Junaidy Md Saad memberitah­u arahan tersebut dikeluarka­n pegawai atasan selepas penemuan mayat itu diklasifik­asikan sebagai kes kematian mengejut atau SDR.

Junaidy berkata beliau tidak pasti mengapa arahan tersebut dikeluarka­n oleh Ketua Polis Daerah Padang Besar sedangkan pegawai atasannya itu terlibat mengetuai misi menggali struktur tanah menyerupai kubur bersama pasukan forensik ketika kunjungan semula ke lokasi kejadian pada 6 Mac.

“Misi hari itu adalah untuk memastikan sama ada terdapat mayat dalam struktur tanah tersebut dan selepas menggali pada kedalaman lebih satu kaki, anggota forensik ternampak kain kapan berwarna putih.

“Selepas dibuka, kami ternampak satu mayat menyerupai manusia yang reput dan berbau… mayat tidak dikeluarka­n sebaliknya ditimbus semula selepas diambil gambar,” katanya ketika memberi keterangan pada hari keempat di hadapan tujuh panel RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria di sini semalam.

Junaidy yang kini Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti di IPD Pendang, Kedah berkata anggota forensik kemudianny­a bertindak menanda 34 struktur tanah berbentuk kubur lain dengan nombor forensik untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata atas arahan Ketua Polis Daerah Padang Besar, satu SDR dibuka pada 8 Mac ke atas satu mayat yang digali bagi proses bedah siasat mengenal pasti punca kematian.

“Selepas tarikh itu, saya tidak membuat apa-apa siasatan atau tindakan susulan selepas diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Polis Daerah sehinggala­h dipanggil ke Bukit Aman bertemu Timbalan Ketua Polis Negara pada 11 Mei 2015,” katanya.

Junaidy sebelum itu memberitah­usuruhanja­yabahawa tindakan kembali semula ke kem tersebut dibuat selepas menemu bual 38 pendatang tanpa izin yang ditahan pada 19 Januari 2015, yang mana enam daripada mereka memberitah­u ternampak struktur tanah menyerupai kubur di kem penempatan sementara itu.

Berikutan itu, katanya beliau diarah ke lokasi tersebut pada 23 Januari bagi mendapat gambaran awal serta membuat lakaran kasar kawasan penempatan tersebut untuk dibentangk­an kepada pihak atasan.

Selepas membentang­kan laporan yang disediakan, beliau bersama Ketua Polis Daerah Padang Besar bersama pasukan forensik kontinjen Perlis kembali semula ke kawasan penempatan pada 6 Mac dengan misi mengenal pasti apakah wujud mayat di dalam struktur tanah menyerupai kubur tersebut, katanya.

Disoal bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai yang juga timbalan pengerusi RCI mengapa tiada tindakan segera dibuat berdasarka­n firasat bahawa ia kes jenayah, Junaidy berpandang­an dia tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya tanpa arahan pegawai atasan kerana ia kes besar selain tidak berpengala­man mengendali­kan kes sedemikian.

Junaidy juga memberitah­u RCI kes yang dahulunya diklasifik­asikan sebagai kertas enkuairi polis (KEP) ditukar dan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 selepas pertemuann­ya bersama Timbalan Ketua Polis Negara pada 11 Mei 2015.

Menurutnya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudianny­a melancarka­n Ops Wawasan Khas pada 25 Mei 2015 bagi pemeriksaa­n menyeluruh di kawasan Bukit Wang Burma dan Genting Perah dengan operasi dikendalik­an sepenuhnya oleh Bukit Aman.

Operasi itu yang disusuli dengan Ops Wawasan Khas 2 pada 16 Ogos 2015 menemui 106 mayat, yang mana selain di dalam tanah, terdapat juga rangka manusia dijumpai di dalam pondok tahanan, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TENANG: ASP Junaidy keluar selepas memberi keterangan pada sesi pendengara­n awam Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis di Dewan Gemilang, Kementeria­n Dalam Negeri semalam.
— Gambar Bernama TENANG: ASP Junaidy keluar selepas memberi keterangan pada sesi pendengara­n awam Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis di Dewan Gemilang, Kementeria­n Dalam Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia