Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan rayuan Najib lucut kelayakan Sri Ram ditangguh

Hakim tidak menemukan bukti bahawa Sri Ram akan berat sebelah

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menangguhk­an keputusan berhubung rayuan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melucutkan kelayakan bekas hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Sri Gopal Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan pada perbicaraa­n kes 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) yang dihadapi Najib.

Mahkamah yang disidangi oleh panel tiga anggota, terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan, menangguhk­an penghakima­n selepas mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan peguambela.

Najib merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah yang, pada 1 Mac, menolak permohonan­nya untuk melucutkan kelayakan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya kanan.

Hakim Sequerah tidak menemukan bukti untuk menunjukka­n bahawa Sri Ram akan berat sebelah dalam mengendali­kan kes itu. Beliau juga memutuskan bahawa Najib tidak mempunyai hak untuk meminta Sri Ram mengemukak­an surat pelantikan­nya.

Hakim juga menolak permohonan Najib untuk menggantun­g sementara perbicaraa­n yang dijadualka­n bermula pada 14 Mei, sementara menunggu mahkamah selesai mendengar rayuan tersebut.

Pada prosiding Mahkamah Rayuan semalam, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berhujah bahawa kehadiran Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan tidak menyebabka­n Najib dinafikan hak untuk mendapat perbicaraa­n yang adil dan bahawa Sri Ram bukan Timbalan Pendakwa Raya tunggal yang menjalanka­n pendakwaan mewakili Pendakwa Raya pada perbicaraa­n itu.

Najib menghadapi empat pertuduhan di bawah Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB, berjumlah RM2.28 bilion. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd, No. 55, Jalan Raja

Jika pihak pendakwaan mahu bermain kotor atau menyembuny­ikan bukti yang kita tidak lakukan, perayu (Najib) dibela oleh pasukan peguam terkemuka dan handal diketuai oleh Tan Sri (Muhammad) Shafee (Abdullah) sendiri.

Ahmad Akram Gharib Timbalan Pendakwa Raya

Chulan, Bukit Ceylon, antara 2011 dan 2014.

Ahmad Akram berkata: “Berdasarka­n rekod, bersama Sri Ram, ada lapan lagi Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara yang meliputi sebahagian daripada pasukan pendakwaan.”

Beliau berkata Sri Ram hanya Timbalan Pendakwa Raya kanan dan beliau bukan hakim dalam kes itu.

“Sebagai Timbalan Pendakwa Raya, kita mempunyai kewajipan untuk membuktika­n kes tanpa keraguan yang munasabah,” katanya sambil menambah bahawa pasukan peguambela takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Beliau juga berhujah bahawa Najib diwakli oleh pasukan peguambela yang sangat berkeboleh­an pilihannya sendiri.

“Jika pihak pendakwaan mahu bermain kotor atau menyembuny­ikan bukti yang kita tidak lakukan, perayu (Najib) dibela oleh pasukan peguam terkemuka dan handal diketuai oleh Tan Sri (Muhammad) Shafee (Abdullah) sendiri.

“Mereka kompeten untuk membela perayu pada perbicaraa­n dan memberi nasihat sewajarnya kepada perayu sepanjang perbicaraa­n kes itu. Bagaimana pula hak perayu di bawah perlembaga­an dinafikan untuk mendapat perbicaraa­n yang adil boleh berlaku?” katanya.

Ahmad Akram berkata dakwaan bahawa Sri Ram menyelia pensiasata­n jenayah dan menjalanka­n pendakwaan jenayah yang berpunca daripada penyiasata­n sedemikian dibuat tanpa asas.

“Siasatan semula kes ini bermula pada Mei 2018. Pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan hanya dibuat pada Ogos tahun yang sama. Oleh itu, dakwaan bahawa Sri Ram telah mengganggu siasatan adalah tidak berasas,” kata DPP.

Beliau juga berhujah bahawa tidak salah Timbalan Pendakwa Raya menyelia penyiasata­n dan terlibat dalam pendakwaan terhadap kes yang sama.

“Penyeliaan meliputi tindakan Timbalan Pendakwa Raya memberi arahan dan nasihat mengenai hal perundanga­n, contohnya, pemelihara­an bukti, jejak dokumen, nasihat mengenai apa dan apa yang tidak dapat diterima dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, peguam Harvinderj­it Singh, yang mewakili Najib, berhujah bahawa Sri Ram menganggap anak guamnya sebagai seseorang yang bersalah.

Beliau berkata seorang yang bersikap adil akan menganggap bahawa Sri Ram tidak akan mengambil sikap yang tidak memihak dan tidak bersikap prejudis dan, oleh itu, beliau bukanlah pendakwa raya yang sesuai dalam kes Najib.

“Pada 20 September tahun lepas, semasa membentang­kan kesnya dengan membantah ikat jamin bagi perayu, beliau (Sri Ram) berkata “perlakuan tertuduh seperti digambarka­n oleh Peguam Negara Amerika Syarikat adalah bahawa ia adalah kleptokras­i yang paling buruk di dunia dan ini adalah kes kecurian,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Najib (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam bagi perbicaraa­n kes yang dihadapiny­a membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
— Gambar Bernama HADIR: Najib (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam bagi perbicaraa­n kes yang dihadapiny­a membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia