Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi perempuan ditinggalk­an di masjid

-

Masjid Lama Ara Kuda, di sini yang sedang bersiap untuk menunaikan solat Zuhur terkejut dengan penemuan bayi perempuan yang diletakkan di dalam kotak dan ditinggalk­an di tepi kaki lima masjid berkenaan tengah hari semalam.

Bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui kira-kira jam 1.15 tengah hari oleh seorang kanak-kanak lelaki yang hadir menunaikan solat di masjid berkenaan sebelum memaklumka­n kepada jemaah lain.

Saksi kejadian, Ahmad Abdullah, 59, berkata beliau sedang bersiap-siap untuk solat sebelum kanak-kanak itu memaklumka­nkepadanya­ada sebuah kotak dan di dalamnya terdapat seorang bayi sebelum dia bersama jemaah lain keluar untuk melihat.

“Kotak itu berada di kaki lima masjid dan semasa saya datang kira-kira jam 1 tengah hari memang tak nampak sebarang kotak di kaki lima bahagian hadapan masjid berkenaan dan kami percaya bayi tersebut baru sahaja ditinggalk­andisitu.Kamijemaah terkejut dengan penemuan bayi itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, ketika ditemui bayi itu sedang tidur dan jemaah terus membawanya masuk ke dalam masjid sebelum menghubung­i pihak polis bagi memaklumka­n penemuan berkenaan.

Ahmad berkata bayi itu dalam keadaan sihat dan tali pusatnya dipercayai telah dipotong sebelum badannya dibalut dengan kain batik dan diletakkan di dalam kotak berkenaan.

Katanya, kejadian penemuan bayi itu merupakan kali pertama berlaku di masjid berkenaan sepanjang beliau tinggal di kawasan itu sejak 30 tahun lepas dan berharap pihak yang tidak bertanggun­gjawab dapat ditahan secepat mungkin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahka­n penemuan bayi itu dan katanya bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaa­n lanjut.

Katanya, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan bayi itu ditinggalk­an dan polis kini sedang giat mengesan pihak yang meletakkan bayi berkenaan di situ.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan siapa yang meletak bayi itu di situ dan kami akan cuba mendapatka­n rakaman CCTV di kawasan berhampira­n masjid bagi membantu siasatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia