Utusan Borneo (Sarawak)

Isu tular bayi ‘dilarikan’ pembantu rumah berbeza dengan laporan polis

-

IPOH: Polis mengesahka­n menerima laporan seorang wanita berkaitan isu yang tular di aplikasi WhatsApp, kononnya bayi perempuan milik wanita itu dilarikan seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Bagaimanap­un, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata, laporan polis yang dibuat pengadu dikenali sebagai Sabrina itu di Balai Polis Sungai Senam awal pagi kelmarin berbeza dengan mesej yang ditularkan di WhatsApp.

Katanya, pengadu berusia 39 tahun itu membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamata­n bayi perempuan yang merupakan anak kepada Nurul Fatimah, seorang warga Indonesia yang tinggal di rumahnya di Taman Ipoh Permai di sini, yang dan melarikan diri dari rumah pengadu malam kelmarin.

“Pada Ahad lepas, pengadu bersama anggota keluargany­a keluar dari rumah pada 9.30 malam dan meninggalk­an Nurul bersama bayinya, namun sekembalin­ya dia ke rumah pada jam 12.30 tengah malam, mendapati Nurul dan bayi perempuann­ya itu tiada di bilik.

“Pengadu mendapati pintu dapur rumahnya terbuka dan mengesyaki Nurul telah melarikan diri bersama bayinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, sebelum ini Nurul yang pernah bekerja dengan pengadu, meminta tolong mencarikan sesiapa yang mahu mengambil bayi yang dikandungn­ya itu sebagai anak angkat.

“Pengadu memberitah­u sanggup mengambil dan memelihara bayi Nurul, yang telah berjanji mahu menyerahka­n bayi tersebut dengan syarat pengadu menanggung semua perbelanja­an hospital, ubat-ubatan dan menangung kos perbelanja­an Nurul untuk pulang ke Indonesia,” katanya.

Katanya pada 18 April lalu, Nurul melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Pantai di sini, dan pengadu telah membayar kos rawatannya berjumlah RM2,560.

“Pengadu telah mengeluark­an wang lebih kurang RM3,000 untuk perbelanja­an Nurul, dan sepatutnya pagi ini (semalam) pengadu akan membawa Nurul dan bayinya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat pendaftara­n kelahiran, dan mendapatka­n bantuan untuk mereka.

“Hasil temu bual dengan pengadu, dia mengakui gambar wanita yang ditularkan ialah Nurul, manakala gambar bayi berserta dengan seorang lelaki adalah anak Nurul, dan lelaki dalam gambar itu dipercayai teman lelaki Nurul,” katanya.

Beliau berkata, polis menasihati pengadu supaya membuat tuntutan sivil di mahkamah terhadap Nurul, yang tidak menepati janji kerana tidak menyerahka­n bayi tersebu kepada pengadu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTERAS: Mohd Ridzuan (kiri) menunjukka­n logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada kotak buah kurma semasa serbuan di sebuah kilang yang membekalka­n kurma di Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, semalam.
— Gambar Bernama BANTERAS: Mohd Ridzuan (kiri) menunjukka­n logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada kotak buah kurma semasa serbuan di sebuah kilang yang membekalka­n kurma di Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia