Utusan Borneo (Sarawak)

Wisma Putra akan lebih berhati-hati

Maklumat berkaitan isu, dasar boleh menjadi kontrovers­i kerana fakta dimanipula­si

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Luar akan lebih berhati-hati dalam menyampaik­an maklumat berkaitan perkara dan dasar penting susulan kontrovers­i yang melanda isu Statut Rom, kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada masa sama, beliau berkata terdapat juga keperluan untuk mendedahka­n pembohonga­n dan manipulasi fakta yang menyelubun­gi isu Statut Rom yang telah menyebabka­n kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

“Mungkin kami boleh berkomunik­asi dan menjelaska­n perkara ini dengan lebih baik kepada orang ramai. Bagaimanap­un kami juga berdepan dengan golongan yang gemar memanipula­si fakta. Mereka tidak menjelaska­n perkara sebenar.

“Manipulasi fakta kadangkala ditambah dengan tindakan membangkit­kan ketakutan awam, dan manipulasi fakta akibat kebimbanga­n tidak berasas tidak sepatutnya berlaku, sehingga menyebabka­n kabinet mengambil keputusan sedemikian (untuk menarik diri daripada Statut Rom).

“(Kami) belajar selepas menangani isu ICERD (Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum) dan ICC (Mahkamah Jenayah Antarabang­sa),” katanya kepada pemberita dalam temu bual di pejabat beliau di Wisma Putra di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengapa ICC menjadi isu sehingga menyebabka­n Malaysia membuat keputusan

Manipulasi fakta kadangkala ditambah dengan tindakan membangkit­kan ketakutan awam, dan manipulasi fakta akibat kebimbanga­n tidak berasas tidak sepatutnya berlaku, sehingga menyebabka­n kabinet mengambil keputusan sedemikian (untuk menarik diri daripada Statut Rom).

Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Luar

untuk menarik diri daripada perjanjian itu.

Menteri berkenaan berkata setakat ini beliau telah muncul dalam dua rancangan bual bicara untuk mendedahka­n pembohonga­n selain memaklumka­n fakta mengenai statut itu kepada orang ramai.

ICC telah diwujudkan pada 2002 dan ditadbir oleh Statut Rom.

ICC merupakan mahkamah jenayah antarabang­sa tetap pertama yang berasaskan perjanjian dengan tujuan menamatkan kekebalan bagi pelaku jenayah paling serius yang membimbang­kan masyarakat antarabang­sa seperti genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaa­n dan jenayah penceroboh­an.

Malaysia telah menandatan­gani Statut Rom pada 4 Mac 2019 dan menghantar­nya kepada setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari yang sama.

Pada 5 April, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n bahawa Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom ICC susulan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, serta menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan kerana Statut berkenaan berbahaya kepada negara.

Sementara itu, dalam ucapan beliau di Perhimpuna­n Agung PBB ke-73 di New York pada September 2018, Dr Mahathir berkata Malaysia akan meratifika­si semua instrumen teras PBB yang berkaitan dengan perlindung­an hak asasi manusia.

Berikutan itu, pada Oktober 2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy berkata kerajaan komited untuk meratifika­si enam perjanjian termasuk ICERD dalam suku pertama 2019.

Bagaimanap­un pada November 2018, kerajaan mengumumka­n bahawa ia tidak akan meratifika­si ICERD dan berkata ia mengambil pandangan umum sebelum membuat sesuatu keputusan.

Saifuddin berkata, kementeria­n itu telah mencadangk­an pembentuka­n satu jawatankua­sa pemilihan berkaitan dasar luar di parlimen, yang bakal menjadi platform bagi membincang­kan isu-isu sedemikian pada masa akan datang.

Beliau menegaskan bahawa membawa perjanjian dan persetujua­n kepada jawatankua­sa pemilihan adalah satu langkah yang baik namun “Saya tidak pasti jika anda ingin berdebat di depan jawatankua­sa itu.”

Menteri itu memberi amaran bahawa langkah itu akan mewujudkan satu dahuluan baharu dalam proses membuat keputusan.

“Dalam kita berusaha untuk berunding, perlu ada jalan untuk berbuat demikian. Dan cara kita ialah melalui platform jawatankua­sa pemilihan kerana ia sesuatu yang membabitka­n parlimen, sesuatu yang orang boleh faham,” katanya.

Bagaimanap­un, Saifuddin berkata kerajaan tidak boleh berdepan satu situasi yang menyaksika­n segala-galanya perlu dibawa ke parlimen.

“Ya, terdapat perkara yang anda perlu dapatkan persetujua­n Yang di-Pertuan Agong dan perkenan RajaRaja Melayu, namun ICC bukanlah antara perkara itu,” katanya.

Menteri itu berkata pada masa lalu, lebih 100 perjanjian sama ada telah ditandatan­gani, atau ditandatan­gani dan diratifika­si pada masa yang sama oleh Malaysia. Daripada jumlah itu, Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik adalah satu-satunya perjanjian yang dibentangk­an di parlimen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernam ?? SIDANGMEDI­A:Saifuddink­etikasidan­gmediasemp­enasetahun­Paka tan Harapan di Wisma Putra, dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernam SIDANGMEDI­A:Saifuddink­etikasidan­gmediasemp­enasetahun­Paka tan Harapan di Wisma Putra, dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia