Utusan Borneo (Sarawak)

Geran sepadan ditambah baik galak ibu bapa menabung PTPTN

-

BACHOK: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang untuk menambah baik skim insentif Geran Sepadan untuk menggalakk­an lebih ramai ibu bapa miskin menabung dalam skim berkenaan.

Pengerusin­ya, Wan Saiful Wan Jan berkata, skim itu akan ditambah baik daripada skim yang telah dilaksanak­an pada tahun lepas yang mewajibkan hanya mereka yang menabung sebanyak RM500 sahaja layak menerima tambahan sebanyak RM500 lagi.

“Di bawah penambahba­ikan ini nanti walaupun mereka menabung sebanyak RM10, PTPTN akan menambah lagi RM10 sehingga had yang dibenarkan sebanyak RM500,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Solo Gen Y Nilai Murni Rakyat Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga di sini, semalam.

Beliau berkata, adalah diharapkan lebih ramai ibu bapa terutama nelayan, petani dan pekebun kecil yang tidak berkemampu­an membuat tabungan bermula ketika anak-anak berada di peringkat sekolah menengah lagi.

Katanya, langkah itu bagi mengurangk­an tanggungan ibu bapa sebaik sahaja anak-anak mereka ditawarkan bagi melanjutka­n pengajian di mana-mana pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Wan Saiful berkata pada mesyuarat anggota Lembaga Pengarah PTPTN yang berlangsun­g awal April lepas, telah bersetuju untuk membuat permohonan dengan Kementeria­n Kewangan bagi mendapat kelulusan mengenainy­a.

Beliau berkata pihaknya kini dalam proses untuk melengkapk­an dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum mengajukan permohonan dalam tempoh terdekat.

“Sekiranya tiada apa-apa halangan kami akan melaksanak­annya pada pertengaha­n tahun ini,” katanya.

Sementara itu Wan Saiful berkata sepanjang tahun lepas, PTPTN berjaya mengutip sejumlah RM1.13 bilion dan berharap sepanjang tahun ini kutipannya akan melebihi daripada jumlah tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UTAMAKAN KESIHATAN: Zulkifli (kanan) menunjukka­n sampel replika rokok pada Program Komuniti Sihat Perwira anjuran bersama Bahagian Perkhidmat­an Kesihatan dan Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama UTAMAKAN KESIHATAN: Zulkifli (kanan) menunjukka­n sampel replika rokok pada Program Komuniti Sihat Perwira anjuran bersama Bahagian Perkhidmat­an Kesihatan dan Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Rahmah menyampaik­an ucapan pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang MQA Tahun 2018 di MQA Cyberjaya dekat Cyberjaya, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Rahmah menyampaik­an ucapan pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang MQA Tahun 2018 di MQA Cyberjaya dekat Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia