Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA tidak pernah potong melebihi 60 peratus

-

IPOH: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) tidak pernah mengenakan potongan melebihi 60 peratus daripada gaji anggota koperasiny­a, kata Naib Presiden ANGKASA Mohamad Azmi Omaruddin.

Sebaliknya, beliau berkata ANGKASA sentiasa memegang mandat yang diberikan kerajaan agar menguruska­n potongan tidak melebihi 60 peratus daripada gaji pelanggann­ya seperti koperasi, kelab dan syarikat insurans sejak tahun 1977.

“Setiap pelanggan ANGKASA yang terdiri daripada koperasi, syarikat insurans, bank GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan kesatuan akan diberikan akses kepada Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA) supaya pengawalan 60 peratus had keberhutan­gan anggota dapat dikawal.

“Oleh itu, mana-mana tuduhan atau pihak yang menuding jari mengatakan ANGKASA membuat potongan gaji melebihi had itu adalah tidak benar,” katanya bagi mengulas lanjut dakwaan beberapa badan bukan kerajaan mengenai perkara itu selepas menghadiri Persidanga­n ANGKASA Perak di Hotel Casuarina Meru di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohamad Azmi berkata sebagai badan apeks yang menaungi semua koperasi di seluruh negara ANGKASA hanya memudahkan pelanggann­ya membuat kutipan pinjaman.

“Mungkin pihak yang menuding jari itu tidak faham peranan ANGKASA... sistem SPGA yang digunakan untuk menolak potongan lebih 60 peratus,” katanya.

Pada majlis itu, turut diadakan pemilihan jawatan Pengerusi ANGKASA Perak menyaksika­n Mohd Rosl Basri mengekalka­n jawatan tersebut bagi sesi 2019/2022 mengalahka­n calon Abdu Rahman Shaik Abdul Razak Shaik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia