Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga bayi alami masalah kepala besar mohon bantuan

Kos perbelanja­an RM500 sebulan, bapa berpendapa­tan RM1,000

-

MACHANG: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib adik Nur Fikriyah Elias, sembilan bulan, yang mengalami masalah kepala besar, selain masalah kabur penglihata­n akibat hydrocepha­lus atau penyakit lebihan cecair dalam otak sejak dua bulan dilahirkan.

Lebih memeritkan, kos perbelanja­an bayi berkenaan mencecah RM500 sebulan yang membebanka­n bapa bayi itu yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n di sebuah sekolah dengan pendapatan hanya RM1,000.

Ibu bayi berkenaan Nik Ishazalwan­i Ismail, 35, seorang suri rumah berkata susu khas bagi menampung keperluan bayi itu berharga RM21.90 bagi 400 gram hanya mampu bertahan tiga hingga empat hari sahaja.

Keadaaan Nur Fikriyah yang tidak mampu bergerak atau merangkak sebagaiman­a bayi seusianya selain memerlukan perhatian dan jagaan rapi pada setiap masa menyukarka­n ibu bayi berkenaan untuk bekerja.

“Dia (bayi) juga terpaksa menjalani pemeriksaa­n sebulan sekali bersama pakar kanak-kanak di sebuah hospital bandar di sini untuk mengetahui perkembang­an semasa termasuk mata dan telinganya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah sewanya di Kampung Alor Melaka di Pulai Chondong di sini, semalam.

Nur Fikriyah anak bongsu daripada tiga beradik, mengalami masalah berkenaan sejak dilahirkan sebagai bayi

Dia (bayi) juga terpaksa menjalani pemeriksaa­n sebulan sekali bersama pakar kanak-kanak di sebuah hospital bandar di sini untuk mengetahui perkembang­an semasa termasuk mata dan telinganya.

Nik Ishazalwan­i Ismail Ibu

pramatang ketika berusia 7 bulan pada Ogos lepas.

“Sebaik dilahirkan beliau terpaksa dimasukkan ke dalam wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana dilahirkan pramatang, dan selepas dua bulan berada di wad itu doktor mengesan kepalanya makin membesar,” katanya.

Nik Ishazalwan­i berkata, bayinya telah menjalani pembedahan pertama bagi membuang cecair yang ada dalam kepala dan telah dimasukkan sejenis wayar ke dalam kulit kepala pada Oktober lalu dan pembedahan kedua di jalankan pada awal tahun ini yang menelan belanja RM700 bagi setiap pembedahan.

“Saya terpaksa berhutang dengan saudara terdekat untuk melunaskan bayaran pembedahan­nya kerana kesuntukan wang,” katanya.

Beliau berkata, selain terpaksa menampung perbelanja­an kos perubatan bayi berkenaan, suaminya juga terpaksa menampung perbelanja­an harian bagi dua anaknya iaitu, Nur Fakhira, 8 dan Nur Faqihah, 4 tahun.

“Setakat ini hanya saudara-saudara terdekat yang menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n bebanan kami sekeluarga.

“Usaha untuk mendapatka­n bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah dibuat namun sehingga kini masih belum menerima apa-apa keputusan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan untuk meringanka­n beban keluarga itu salurkan sumbangan menerusi akaun Maybank milik Nik Ishalzawan­i iaitu 1621068095­71. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERLU BANTUAN: Nik Ishazalwan­i memangku Nur Fikriyah yang mengalami masalah kepala besar selain masalah kabur penglihata­n akibat ‘hydrocepha­lus’ atau penyakit lebihan cecair dalam otak di rumah sewanya di Kampung Alor Melaka semalam.
— Gambar Bernama PERLU BANTUAN: Nik Ishazalwan­i memangku Nur Fikriyah yang mengalami masalah kepala besar selain masalah kabur penglihata­n akibat ‘hydrocepha­lus’ atau penyakit lebihan cecair dalam otak di rumah sewanya di Kampung Alor Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia